Chicken Potato Pie Buat Untuk Minum Petang

Kadang-kala buntu memikirkan menu apa yang sesuai dibawa untuk potluck. Selain makanan bergoreng, idea buat chicken potato pie pun boleh. Pasti menu anda bakal jadi rebutan kawan-kawan nanti.

Chicken Potato Pie

Bahan A:
2 biji kentang-rebus
1 sudu besar butter/margerin
1-2 sudu besar tepung gandum
Oregano/blackpepper

Cara membuat:
1.Lenyek kentang dan gaul dengan butter/margerin, tepung gandum dan oregano/blackpepper.
2.Sudukan dalam acuan. Bulatkan bahagian tengah untuk isi inti.

Bahan B inti ayam:
1 biji bawang Holland-cincang
1 bahagian isi dada ayam-cincang
2 sudu besar sos blackpepper / lada hitam tumbuk
2 sudu besar sos cili
Serbuk cili-optional
Serbuk kari
Capsicum- optional
Garam/gula secukup rasa

Cara memasak:

1.Dalam gambar saya masukkan bawang putih dan guna bawang bombay. Lebih sedap guna bawang Holland.
2.Gula saya guna gula merah bukan gula putih.
3.Tumis bawang, isi ayam, sos blackpepper. sos cili, serbuk cili, serbuk kari, garam dan gula.
4.Biar masak. Sejukkan.

Bahan c:
Cheese slices- potong 4
Oregano

Cara membuat:

1.Lepas masukkan inti. Tutup dengan kepingan cheese yang dipotong 4.
2.Tabur oregano. Bakar pada suhu 170 selama 30 minit.
20 minit pertama api bawah dulu kemudian baru tukar kepada atas dan bawah.

Resepi Oleh: Nu Ha

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply