Resipi Lepat Kacang Merah Sedap. Lemak Manis, Mudah Buat

Penggemar Kuih Lepat kena cuba resipi Lepat Kacang Merah perkongsian Opah Mas Cotek ni. Sangat mudah dan sedap. Kalau baru pertama kali belajar buat pun bakal menjadi. Rasa pun enak. Persis air tangan orang tua dulu-dulu. Jom lah kita cuba! Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak buat niaga pun sesuai ni.

CARA MASAK LEPAT KACANG MERAH SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

1 cawan kacang merah – beli online disini
1 cawan tepung beras – beli online disini
¼ cawan tepung jagung – beli online disini
1 cawan gula – beli online disini
1 ½ cawan santan pekat – beli online disini
Sedikit pewarna merah – beli online disini

BAHAN-BAHAN LAIN:
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pisang untuk membungkus
(Kalau nak guna kacang merah dalam tin pun boleh)
CARA MEMASAK:
1.Rebus kacang merah hingga betul-betul kembang dan empuk. Toskan.
2. Kisar kacang tadi bersdama santan (cara Opah: ½ kacang dikisar, ½ lagi dilenyek).
3. Satukan dengan kesemua bahan-bahan lain. Sebatikan.
4. Kacau hingga adunan jadi pekat menggunakan api sederhana.
5. Angkat dan biarkan suam.
6. Ambil 2 sudu besar adunan lepat tadi dan ratakan atas daun pisang.
7. Letak inti (kelapa parut yang telah digaul garam) jika suka. Boleh juga letak inti kacang merah.
8. Bungkus lepat dan kukus selama 15 minit.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Comments

Leave a Reply