Aliff Aziz Akui Khilaf & Kekurangan Diri -“Saya Seorang Pendosa Yang Jujur”

“Dengan apa yang sudah didedahkan, tiada apa lagi yang perlu dibohongkan. Saya seorang pendosa yang jujur”

Itulah ungkapan yang dilontarkan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz yang mengakui khliaf diri seorang pendosa yang jujur.

Menerusi sebuah program televisyen, Aliff tampil memberi kenyataannya dengan menyesali segala tindakan mengaibkan isteri, Bella Astillah sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Luah Kesyukuran Banyak Terima Tawaran Dari Negara Seberang, Mohon Doakan Yang Terbaik

Selain itu, dia juga mengakui kekurangan diri dan menganggap segala yang berlaku sebagai peluang untuk memperbaiki diri menjadi individu yang lebih baik.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai seorang yang sudah mengakui kekurangan diri, tiada apa yang yang perlu dipertahankan. Segala apa yang berlaku saya akan menangani sampai waktu itu tiba.

“Saya orang yang jauh daripada sempurna yang nak belajar jadi baik. Sekiranya dapat putar balik masa, saya akan tarik balik daripada mengaibkan ibu kepada dua anak saya. Orang yang pernah hidup bersama dengan saya. Sekiranya perceraian ini berlaku, hak penjagaan ini akan diberikan kepada ibu, saya tidak akan melawan keputusan hak penjagaan itu.

“Apa yang saya mahukan ialah hak sebagai seorang bapa yang adil seperti melawat dan bermalam dengan anak-anak. Saya tidak mahu hubungan dengan anak-anak terputus atau terhalang,” katanya.

Pada masa sama, aktor kelahiran Singapura itu turut meminta agar masyarakat dapat mendoakan kebaikan buat dirinya sekeluarga dan berhenti mengeluarkan kenyataan negatif kepada dirinya.

“Saya harap semua akan doakan yang baik. Cakap yang baik. Fikir balik sama ada diri itu sempurna atau tidak sebelum menghukum orang lain. Memaki-hamun orang lain, keluarga orang lain dan keturunan orang lain,” tuturnya panjang.

Sebelum ini, Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan mencerikan Bella pada sebutan kedua kes tuntutan cerai pada 4 April atas alasan masih sayangkan isterinya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Aliff Aziz


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply