SEBELUM ini ramai yang beralasan rumah tiada tanah menyebabkan tak boleh bercucuk tanam. Begitupun,saudara Rozaidee Zainal dari Kuantan, Pahang ini membuktikan alasan berkenaan tidak boleh digunapakai lagi.
Apa tidaknya, beliau berjaya membuktikan ‘bercucuk tanam’ tanpa mengunakan medium tanah pun boleh dengan konsep hidroponik.
Menariknya, hasil tanamannya juga kelihatan segar bugar, malah lebih bersih tanpa mengotorkan tangan seperti kelaziman.
Bahan yang diperlukan ialah :
1. Kapas kedai RM2.00
2. Kain buruk
Macam mana dia berfungsi?
- Kapas untuk menanam benih ia tak akan terlalu lembab sebab dia kedudukan bahagian atas.
- Kain buruk adalah serapan air untuk setiasa basah untuk mengenakan bahagian atas iaitu kapas tak akan kering kalau letak kapas saja.
- Ia akan terlalu padat serapan tak akan sampai ke permukaan itu la teori.
Pengunaan Baja AB
Sementara itu, Rozaidee turut menjelaskan baja yang digunakan adalah baja AB dan sukatannya ialah baja A 40ml dan baja B 40ml.
“Baja AB 40ml+40ml untuk satu liter air lebih pun tidak apa.
“Kalau untuk anak semaian dah membesar kalau boleh banyak air, jangan letak satu liter. Kalau boleh lebih dua liter, takut mati kepanasan,” jelasnya di ruangan komen.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Rozaidee Zainal Kuantan via Berkebun D Rumah
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.