Resepi Bubur Barli Lemak Manis, Bagus Untuk Turun Kolestrol

Barli atau dalam bahasa Inggerisnya “barley” adalah sejenis bijian yang memiliki banyak kebaikan untuk kesihatan manusia.

Nama saintifiknya adalah “Hordeum Vulgare” iaitu sejenis tumbuhan bijirin yang tergolong dalam keluarga rumput “Poaceae” atau “Gramineae”.

Apabila ia dimasak, ia membesar 2 kali ganda dari saiz awal. Serat utama dalam barli ialah beta-glukan, serat larut yang mengeluarkan gel apabila digabung dengan cecair.

Beta-glukan yang juga terdapat dalam oat dapat kurangkan kolestrol dan meningkatkan pengawalan gula dalam darah.

Oleh itu, disarankan untuk kita mengambil barli dalam sajian harian. Tidak kisah dalam bentuk minuman atau makanan.

Tetapi kebiasaannya barli sering dijadikan minuman. Bergantung kepada citarasa masing-masing.

Jadi, jom kita cuba buat pencuci mulut barli yang dikongsikan oleh dapurdee di Cookpad.

RESEPI PENCUCI MULUT BARLI SEDAP BERLEMAK 

BAHAN-BAHAN:

-1/2 cawan Barli  (direbus)
-100 ml santan segera
-1/2-1 cawan air rebusan barli
-1 helai daun pandan
-1/2 sudu teh halba
-2 keping halia
-secubit garam halus

CARA MEMASAK:

1. Mula-mula sediakan bahan-bahan


2. Kemudian masukkan ke dalam periuk; barli yang telah direbus, air rebusan barli, daun pandan, gula merah, halia, halba dan santan tadi dan kacau rata.

3. Panaskan periuk dengan api yang sederhana. Kacau supaya santan tidak pecah minyak. Masak hingga mendidih dan gula larut

4. Letak sedikit gula dan secubit garam secukup rasa. Siap dan boleh dihidang suam atau sejuk.

MESTI BACA: Menu Pencuci Mulut Unik Untuk Keluarga? Resipi Kek Belimbing Buluh Ni Pasti Sedap Dan Menjadi!

Puding Biskut Marie Pencuci Mulut Best! Orang Tua Pun Boleh Makan

Unik Dan Comel. Mudah Rupanya Nak Buat Luk Chup Pencuci Mulut Thai Ni

SUMBER: Cookpad dapurdee

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply