Tip Warna Rambut ‘Ash Grey’ Tak Luntur, Azfar Heri Pesan Jangan Salahkan ‘Hair Stylist

Warna rambut ‘Ash Grey’ memang trendy dan cool untuk korang yang nak tampil berani dan unik. Tapi nak maintain warna ni supaya tak cepat luntur bukan senang tau!

Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Azfar Heri yang menggunakan gaya balayage atau teknik pewarnaan rambut yang mengutamakan highlight secara vertikal ada memberikan tip penjagaan warna rambut ini.

ARTIKEL BERKAITAN : 9 Warna Rambut Untuk Kulit Sawo Matang, Brown Chesnut Trend 2024!

Malah, warna ini juga sesuai untuk kulit orang Asia yang sawo matang. Bagi yang tertanya-tanya cara penjagaannya, ini tipnya;

Jimin BTS dalam warna rambut Ash Grey

Walaupun warna kelabu asa ini tampak biasa, tetapi ia memerlukan penjagaan yang teliti untuk mengekalkan gaya elegan tersebut dalam jangka masa panjang. Tidak hairanlah, kos pewarnaan mengikut panjang rambut boleh mencecah hingga RM1,000.

1. Kos penjagaannya agak tinggi kerana anda perlu menggunakan syampu berwarna ungu.

2. Syampu pula perlu jenis melembabkan supaya rambut tidak kering dan kejung.

3. Anda yang ingin menggayakan warna ini perlu rajinkan diri melakukan treatment berkaitan.

4. Paling penting, oleskan minyak rambut sebelum tidur dan selepas bagun pagi.

5. Warna ‘ash grey’ ini mudah untuk luntur sekiranya anda kerap mencuci dengan syampu, oleh itu sebelum mewarnakannya, dapatkan pandangan daripada pakar atau minta hair stylist gelapkan sikit warnanya.

6. Jangan lupa untuk melakukan penambahan warna dalam tempoh dua atau tiga bulan sekali. Kos dianggarkan adalah lebih RM400.

Tip Lain

1. Guna Syampu dan Perapi untuk Rambut Diwarnakan

Pastikan korang pilih syampu dan perapi yang khas untuk rambut diwarnakan. Produk ni biasanya ada bahan yang tolong jaga warna dan elak rambut jadi kering. Jauhkan diri dari syampu yang ada sulfat sebab ia boleh buat warna rambut cepat pudar.

2. Cuci Rambut dengan Air Sejuk atau Suam

Cuci rambut guna air panas boleh buat kutikel rambut terbuka dan warna cepat luntur. Jadi, guna air sejuk atau suam je masa cuci rambut. Ini boleh tolong tutup kutikel dan jaga warna rambut korang.

3. Elak Matahari dan Haba Berlebihan

Terlalu banyak kena matahari atau guna alat penggaya rambut yang panas boleh buat warna rambut pudar. Pakai topi atau guna payung bila keluar rumah untuk lindungi rambut dari sinaran UV. Jangan lupa guna pelindung haba sebelum guna alat penggaya rambut.

4. Kurangkan Kekerapan Mencuci Rambut

Cuci rambut terlalu kerap boleh buat warna cepat luntur. Cuba cuci rambut dua atau tiga kali seminggu je. Kalau rambut berminyak, guna syampu kering untuk serap lebihan minyak tanpa perlu cuci dengan air.

5. Guna Produk Penjagaan Rambut Anti-Klorin

Air berklorin kat kolam renang boleh rosakkan warna rambut. Pakai penutup rambut kalis air masa berenang atau bilas rambut dengan air bersih sebelum dan selepas berenang. Ada juga produk rambut khas untuk lindungi dari klorin.

6. Buat Rawatan Rambut Berkala

Rawatan rambut kat salun boleh tolong maintain warna dan kesihatan rambut. Mintak rawatan yang sesuai dengan warna ‘Ash Grey’ macam rawatan toning untuk segarkan warna dan rawatan penghidratan untuk jaga kelembapan rambut.

7. Guna Masker Rambut Secara Berkala

Guna masker rambut seminggu sekali boleh tolong jaga kelembapan dan ketahanan warna rambut. Pilih masker yang kaya dengan nutrien dan khas untuk rambut diwarnakan.

Dengan ikut tips ni, korang boleh pastikan warna rambut ‘Ash Grey’ korang kekal cantik dan tahan lama. Jaga rambut dengan betul supaya sentiasa nampak fresh dan sihat!

BACA LAGI : Trend Rambut Holographic Ala ‘Unicorn’, Ada Berani Nak Try?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply