Udang Masak Merah Madu, Makan Dengan Nasi Minyak Pun Padu!

Udang Masak Merah Madu, ada udang besar lagi tambah padu. Makan pula dengan nasi minyak atau nasi tomato, sesuai jadikan hidangan hujung minggu bersama keluarga.

Menggunakan bahan-bahan yang mudah dan kebanyakkan ada di dapur, kalau ada udang bersaiz besar lagi padu. Berebut semua nak makan.

Bagi yang tak boleh tiada sayur, buat jelatah untuk lengkapkan hidangan. Perfect!

Udang Masak Merah Madu

BAHAN-BAHAN:

500gram udang(saiz sederhana)

1 biji bawang besar(dipotong bulat)

1 sudu besar kismis

2 sudu besar madu

1 sudu besar gula putih

2 sudu besar SOS tomato

2 sudu besar SOS cili

1 sudu besar SOS tiram

Serbuk perasa@garam (jika perlu)

BAHAN KISAR

10-15 batang cili kering(direbus atau Direndam air panas Dan toskan)

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

2 cm halia

2 batang serai

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak , masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak . ( Angkat dan ketepikan )
  2. Gunakan minyak yg sama , tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak .
  3. Kemudian masukkan sos tomato , sos cili , sos tiram ,kismis ,madu dan gula . Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.
  4. Masukkan bawang dan udang yg digoreng tadi , Gaulkan sehingga rata dan sebati .
  5. Angkat dan siap untuk dihidang.

Kredit: Nurul Ateekah

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Gulai Lemak Udang Letak Belimbing Buluh Lagi Mantap!

Udang Goreng Kari, Lauk Udang Yang Lain Sikit. Cubalah

Ini Resipi Udang Butter Nestum Paling Simple, Sedap & Mudah

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply