Keracunan makanan adalah perkara yang serius dan kesakitannya sangat menyakitkan. Ia tidak berlaku secara segera selepas makan, tetapi akan mengambil masa untuk muncul. Ketika sakit itu mula menyerang, mangsa akan menjadi lemah. Mereka akan mengalami sakit perut yang teruk, muntah-muntah, dan cirit-birit yang berterusan, menyebabkan kekurangan air dalam badan.
Jika berlaku keracunan makanan, segera ke hospital untuk rawatan. Sebagai alternatif sementara, enam bahan boleh digunakan untuk mengurangkan gejala.
1. Teh
Bancuh teh dengan sedikit madu, daun pudina atau daun basil. Anda bukan sahaja rasa sedikit nikmat malah bahan-bahan yang terkandung di dalamnya juga sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa sakit sekali gus melindungi perut anda dari terkena penyakit.
2. Halia
Minuman halia yang dicampur dengan madu dan dihidangkan ketika panas. Minuman ini berupaya meredakan sakit akibat keracunan makanan yang masih berada pada tahap yang ringan. Cara penyediaannya adalah dengan ambil sesudu madu dan kacau bersama larutan air halia. Formula ini dipercayai berupaya mencegah masalah radang dalam perut sekali gus menghilangkan rasa sakit disebabkan keracunan.
3. Gula merah
Campurkan empat sudu teh gula merah ke dalam air suam. Kacau dan minum perlahan-lahan. Gula merah dikatakan mampu memberikan lebih tenaga yang diperlukan untuk sementara dan amat perlu dicuba sewaktu tubuh semakin lemah
4. Daun basil
Selain disebut sebagai daun selasih, daun basil boleh meredakan gejala keracunan makanan terutamanya jika anda an mual dan muntah-muntah. Caranya, rendam daun basil dalam air dan minum atau masukkan ke dalam masakan untuk dimakan. Anda boleh menjadikan daun basil ini sebagai jus dan untuk impak yang lebih cepat, minumlah ketika perut masih kosong.
5. Biji jintan
Rawat perut anda yang sakit dengan mencampurkan satu sudu teh biji jintan yang telah ditumbuk halus ke dalam sup yang masih panas. Cara ini membantu anda untuk meredakan radang yang berlaku pada bahagian perut sekali gus mengurangkan rasa sakit yang dirasai.
6. Yogurt
Jika anda rasa mual atau muntah-muntah disebabkan keracunan makanan, maka anda digalakkan untuk mengambil yougurt. Kandungan mikroorganisma di dalamnya dikatakan membantu melawan keracunan makanan sekali gus melegakannya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.