Hailey Bieber Memukau Dalam Balutan Saint Laurent, Seri Ibu Mengandung!

Satu dunia teruja dengan perkongsian gambar di Instagram Justin Bieber dengan menunjukkan perut isterinya, Hailey yang semakin membesar hamil anak pertama mereka.

ARTIKEL BERKAITAN : Justin Bieber Bakal Jadi Bapa! Hailey Bieber Sah Hamil Anak Pertama

Pasangan ini telah memperbaharui ikrar perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, kedua-dua mereka mengejutkan orang ramai dengan berita kehamilan Hailey!

Untuk momen intim mereka di Hawaii, Hailey mengenakan gaun renda putih off-shoulder dari Saint Laurent.

Gaun putih Saint Laurent yang direka oleh Anthony Vaccarello itu menampilkan garis leher off-shoulder, fitted top, lengan panjang dan skirt renda paras lantai.

Semasa memperbaharui ikrar perkahwinan mereka, Hailey turut menggayakan veil putih yang diikat seperti selendang di kepalanya, kaca mata hitam Saint Laurent, jam tangan emas dan barang kemas Tiffany & Co yang sepadan dengan Justin.

Manakala Justin pula memakai, t-shirt putih, seluar hitam, topi besbol dan fuzzy bomber jacket daripada Saint Laurent.

Untuk info, gaun busana pengantinnya dulu pun direka oleh Virgil Abloh. Ia sangat chic dan menyerlahkan seri penampilannya di hari bahagia itu!

Dah nampak ‘baby bump’ tu. Tahniah Justin dan Hailey Bieber!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply