Suka Makan Ayam Kampung Tapi Keras, Cuba Petua Ini Untuk Lembutkan Ayam Kampung

Ayam kampung ni adalah istilah untuk ayam yang tak diketahui asal usulnya. Ayam kampung ni biasanya dipelihara di kawasan luar bandar atau kampung. Biasanya di negara Barat ayam kampung ni diberi gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).

Isi ayam kampung memang lebih keras dan pejal berbanding ayam ternakan biasa. Isinya tak mudah hancur dan kebiasaannya sesuai untuk dimasak gulai atau kuah. Nak masak pon memang mengambil masa yang lama sikit berbanding ayam biasa.

Tapi jangan risau, ada cara untuk lembutkan isi ayam kampung ni….jom kita cuba cara di bawah.

CARA LEMBUTKAN ISI AYAM KAMPUNG

CARA-CARA:

1. Ambil nenas dan potong beberapa keping, kemudian kisar hingga jadi macam jus

2. Curah nenas yang dikisar tadi ke atas ayam kampung mentah dan gaul rata

3. Biarkan ayam kampung tadi dalam 5-10 minit tapi jangan terlalu lama

4. Dah cukup masa, bilas bersih dan sedia untuk dimasak

MESTI BACA: Laptop Dimasuki Air Akibat Banjir? Lelaki Ini Kongsi Tips Berguna Untuk Anda

Tips Untuk Suri Rumah Dan Wanita Berkarir, Mudahkan Kerja Harian

Tips Bagi Penyewa Rumah Sewa, Bilik Sempit Tampak Luas Dan Kemas

SUMBER: Lemon8 Fatihahanapi

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply