Telur Bungkus Ala Kedai Tomyam, Makan Tanpa Nasi Pun Sedap!

Telur Bungkus ala Kedai Tomyam, menu simple yang menjadi kegemaran ramai. Kalau buat sendiri kat rumah lagi puas hati, boleh letak isi ayam dan sayur banyak-banyak.

Kadang ada ketika buntu nak masak apa, menu telur bungkus ni antara masakan ringkas dan senang untuk dibuat.

Kalau tak cerewet cukup satu lauk ni sahaja, tak perlu masak banyak lauk. Makan dengan nasi panas-panas ada sambal belacan, memang tak pandang kiri kanan dah. Berbaloi untuk dicuba.

Telur Bungkus Ala Kedai Tomyam

BAHAN-BAHAN:

1 biji bawang holand – potong dadu

1 biji tomato – potong dadu

Sedikit lobak merah – potong dadu

3 ulas bawang putih – cincang

Ayam cincang

Daun bawang – hiris

Gula

Garam

Serbuk perasa

Sos ikan

Sos cili

Sos tiram

Cili kisar

3 biji telur

CARA MEMASAK:

  1. Panaskn minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam, masak seketika.
  2. Masukkan cili kisar, cili sos, sos ikan dan sos tiram. Masak sehingga agak kering.
  3. Kemudian masukkan lobak merah dan masak hingga agak lembut. Masukkan bawang holand dan tomato.
  4. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata sebelum masukkan daun bawang. Kacau rata dan ketepikan.
  5. Untuk telur, panaskan minyak dan masak telur dadar. Pastikan telur dadar agak nipis.
  6. Letakkan inti yang telah siap tadi dan bungkus.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Roslina Omar

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Gulai Kunyit Telur Ayam Cara Orang Pantai Timur

Cara Buat Telur Dadar Gebu & Tebal. Makan Sepotong Dah Kenyang

Sambal Telur Rebus Sedap, Resipi Ringkas & Mudah Kegemaran Ramai

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply