Resipi Pizza Guna Nasi, Tak Perlu Uli-uli Doh, Luar Crispy, Dalam Lembut, Sedap!

Resipi pizza guna nasi, tak perlu uli-uli doh, luar crispy, dalam lembut, sedap! Nasi yang tidak habis jangan dibuang. Boleh buat pizza. Pizza nasi ini luar crispy, dalam lembut. Sedap! Tak perlu nak uli-uli.

Selalunya nasi kalau tak habis kita akan buat nasi goreng. Kali ini, kita ubah pula olahan nasi yang tidak habis itu. Kita buat doh pizza. Tak adalah istilah membazir. Kita olah jadikan makanan.

Resipi Pizza Guna Nasi

Bahan-bahan:

Topping:

Isi ayam
Garam
Lada hitam
Tepung jagung
Minyak
Bawang holland
Tomato
Sos tomato
Keju Cheddar
Keju Mozarella

Pizza crust:

Nasi
Telur
Minyak
Cheese (apa pun boleh)
Air

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Soya Belacan (@soyabelacan)

Tak Perlu Nak Uli-uli Doh, Luar Crispy, Dalam Lembut, Sedap!

Cara-cara membuat:

1.Perapkan isi ayam dengan garam, lada hitam, tepung jagung dan minyak. Ketepikan.

 

2.Tumiskan bawang Holland dan tomato.

3. Masukkan isi ayam yang telah diperap tadi. Masukkan juga sos tomato. Ketepikan.

4. Masukkan nasi bersama satu biji telur ke dalam pengisar. Masukkan keju, minyak dan sedikit air. Kisar sehingga halus.

 

 

5. Tuangkan ke dalam loyang pembakar pizza. Ratakan.

6. Masukkan ke dalam oven. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.

7. Keluarkan apabila sudah masak.

 

8. Ratakan ayam yang telah dimasak tadi ke atas ‘base pizza’.

9. Taburkan keju Mozarella untuk tekstur dan keju Cheddar untuk rasa.

 

10. Bakar dengan suhu 180 farjah celcius selama 10 minit. Siap untuk dinikmati!

 

 

Sumber: Instagram Soya belacan 

Artikel lain: Resipi Piza Ala Mat Saleh, Guna Pressure Cooker Je. Tak Payah Sibuk Jaga Suhu Oven!

Resepi Pizza Homemade Roti Gardenia, Main Carik-Carik Je Senang!

Resipi Piza Roti Tanpa Bakar, Pakai Kuali Biasa Pun Boleh. Senang Sangat!

 

 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply