Cuaca Panas, Ganggu Tumpuan Anak-anak Belajar Di Sekolah

Cuaca panas, ganggu tumpuan anak-anak belajar di sekolah. Cuaca panas boleh menjadi cabaran kepada anak-anak untuk menumpukan perhatian semasa belajar di sekolah. Bayangkan bagaimana anak-anak dapat fokus pada apa yang diajar oleh guru bila suasana tidak selesa.

Cuaca Panas, Ganggu Tumpuan Anak-anak Belajar Di Sekolah

Walaupun ada kipas di dalam setiap kelas namun ia tidak dapat membantu mengurangkan haba panas di dalam kelas apatah lagi dalam satu kelas jumlah muridnya ramai. Keadaan cuaca yang panas membuatkan tubuh berpeluh sehingga menimbulkan rasa yang tidak selesa.

Berikut perkongsian Anuar Ahmad

Kesian anak-anak kita. Saya di sekolah hari ini. Lebih dua jam dapat bersama murid-murid di dalam kelas. Suhu di dalam kelas cecah 33 darjah. Di luar kelas sudah mencecah 35 darjah. Panas membahang. Peluh saya sudah menitik. Basah baju saya.

Murid-murid, saya lihat mengipas-gipas guna buku dan kertas. Basah baju mereka. Saya lihat mereka sudah tak fokus untuk belajar.

 

Di depan kelas, cikgu mengajar ikut silibus yang ada. Laju sahaja guru mengajar bimbang tak cukup masa. Banyak program berlaku di sekolah sehingga beberapa kali kelas tertangguh. Terpaksa kena cepat ‘cover’ balik. Murid fokus atau tidak, bukan lagi urusan guru. Tak habis silibus, susah pula hidup nanti. Kena menjawab pula pada panitia.

Kita tahu prinsip asas tentang pembelajaran. Pembelajaran tanpa persekitaran yang kondusif tidak akan berjaya dan berkesan. Itulah yang pakar pendidikan sebut berulang kali. Kita tahu tapi kita abaikan.

Telah ratusan kajian pembelajaran sejak tahun 1960an lagi mengesahkan untuk mencapai PDPc yang berkualiti, persekitaran bilik darjah mestilah kondusif dan selesa untuk murid dan guru.

Paling asas, pencahayaan bilik mesti cukup, suhu bilik mesti selesa, kelas pula tidak boleh terlalu sesak. Lebih berkualiti lagi bila sesuatu bilik darjah mempunyai warna dan suasana ceria, cukup kemudahan pembelajaran dan ada ruang aktiviti.

Malangnya kebanyakan kelas di sekolah kita tidak begitu. Banyaknya yang ada sangat panas dan sesak. Ada kelas yang daif. Lampu dan kipas tidak berfungsi. Meja kerusi murid pula ada yang rosak dan terkopek.

Kita kononnya mahu anak-anak belajar dengan gembira. Tapi lihatlah keadaan kebanyakan bilik darjah yang kita sediakan untuk mereka.

Saya nak cadangkan, eloklah pegawai yang bertanggungjawab dengan pendidikan negara buat program jadikan bilik darjah di sekolah sebagai pejabat mereka untuk beberapa minggu dalam setahun.

Nak juga lihat boleh atau tidak mereka bekerja, bermesyuarat dan menerima tetamu dalam bilik darjah yang panas.

Mungkin dengan cara itu baru mereka faham apa itu maksud panas dan rimasnya sebuah bilik darjah.

Kredit foto: Freepik

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan mereka selesa dan dapat memberi perhatian:

Pengudaraan yang Baik: Pastikan bilik darjah mempunyai aliran udara yang baik. Tingkap dan pintu yang terbuka, atau penggunaan kipas angin/penyaman udara, boleh membantu mengurangkan kepanasan.

Pakaian selesa: Galakkan anak-anak memakai pakaian yang ringan dan selesa.

Rehat yang mencukupi: Berikan masa rehat yang mencukupi supaya anak-anak boleh melepaskan tekanan dan menyegarkan diri.

Air minuman: Pastikan mereka mendapat bekalan air yang mencukupi dengan menyediakan akses air minuman yang mudah.

Aktiviti di tempat teduh: Jika boleh, jalankan beberapa aktiviti di tempat yang lebih sejuk atau teduh, seperti di bawah pokok atau di dewan.

Kreativiti pengajar: Guru boleh menyesuaikan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel agar suasana pembelajaran kekal menarik walaupun cuaca panas.

Langkah-langkah ini mungkin boleh membantu mengekalkan fokus semasa pembelajaran walaupun cuaca panas.

Sumber: Anuar Ahmad

Kredit foto (top image): Freepik

 

Artikel lain: Cuaca Panas Melanda Negara, KPM Benarkan Murid  Guru Pakai Pakaian Sukan!

Kasihnya Seorang Guru, Satu Tangan Bukan Penghalang Sediakan Bekas Air Besar Untuk Anak Murid Ketika Cuaca Panas!

Anak Ekzema Tak Boleh Cuaca Panas, Doktor Kongsi Cara Kendali Pesakit Ekzema

 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Comments

Leave a Reply