Daftar Anak Jadi Ahli KWSP Seawal Usia 14 Tahun Untuk Simpan Duit, Tak Payah Tunggu Kerja

Daftar anak jadi ahli KWSP seawal usia 14 tahun untuk simpan duit, tak payah tunggu kerja. Biasanya bila sebut sahaja mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pasti kita tahu bahawa bila sudah bekerja sahaja boleh mendaftar sebagai ahli.

Daftar Anak Jadi Ahli KWSP Seawal Usia 14 Tahun Untuk Simpan Duit

Sebenarnya anda yang masih belum bekerja pun boleh sahaja mendaftar sebagai ahli sebagai tujuan ingin menyimpan wang. Bahkan seawal usia 14 tahun sekali pun sudah boleh mendaftar ahli untuk membuat simpanan di hari tua. Lagi istimewanya dapat juga menikmati dividen dan insentif lain yang ditawarkan oleh KWSP.

Namun mungkin ramai ibu ayah tidak tahu. Melalui hantaran seorang lelaki dilaman Facebooknya, dia berkongsi cara-cara untuk mendaftarkan anak-anaknya yang berusia 14 dan 15 tahun dalam KWSP supaya dapat menyimpan wang untuk masa hadapan. Semoga dapat dijadikan panduan bersama.

Tak Payah Tunggu Kerja

Daftar Seawal Usia 14 Tahun

Dua orang anak saya yang sulung dan nombor dua (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).

Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.

PENDAFTARAN PULA BOLEH DIBUAT DI KIOS KWSP SAHAJA, TIDAK PERLU KE KAUNTER

Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.

Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.

Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.

Artikel lain: Pasangan Berkahwin Nak Zuriat Boleh Keluarkan KWSP Untuk Rawatan Kesuburan

Boleh Keluarkan KWSP Akaun 2 RM500 Setiap Bulan. Guna Wang Sebaik Mungkin, Beli Barang Berpada-Pada

Jangan Tanya Kenapa Hidup Selalu Sesak, Kalau 2% KWSP Pun Berkira Dengan Isteri Yang Dah Berkorban Nyawa!

Keistimewaan 

Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022. i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela.

Di samping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).

Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam.

Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.

Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.

Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna.

Sumber: Mo Ameen

Kredit foto (top image): Freepik

 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply