Cik B Berjaya Miliki Kereta Mewah Brabus G63, Titip Penghargaan Buat DSV Sebagai Tulang Belakangnya

Anak perempuan kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B meraih perhatian ramai apabila berjaya memiliki kereta mewah idaman, sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Cik B tampil berkongsi momennya mengambil sebuah kereta mewah yang dibelinya di sebuah pusat showroom kereta.

BACA LAGI: “Terima Kasih Sebab Sayang Cik B Walaupun…” -Dedikasi Cik B Buat DSV Bikin Ramai ‘Runtun’ Hati

Dapat dilihat sebuah kereta mewah yang ditutup dengan kain hitam beserta hiasan belon turut berada di perkarangan showroom tersebut.

Kemudian, beberapa orang pekerja pusat showroom tersebut menarik kain hitam tersebut dan jelas kelihatan kereta mewah jenis Brabus G63 berwarna hitam.

Dalam pada itu, Cik B menitipkan penghargaan istimewa buat ibunya kerana menjadi tulang belakang buatnya sehingga berjaya membeli kereta mewah tersebut sempena hari lahirnya pada tahun ini.

“Jadi, bulan lima ini adalah bulan kelahiran Cik B iaitu pada 19 Mei jadi Cik B beli Brabus Original.

“Terima kasih mama, tak boleh beli tanpa mama. Alhamdulilah, dikurniakan seorang ibu yang hebat, kata, pandai, bijak, comel dan cantik.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut tidak lepas peluang mengucapkan tahniah buat Cik B.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Cik B


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply