Insiden yang menimpa bintang Selangor FC dan skuad Harimau Malaya, Faisal Halim yang disimbah asid di sebuah pusat beli belah baru-baru ini benar-benar menggemparkan khususnya industri bola sepak negara.
Faisal Halim, bintang Selangor FC dan skuad Harimau Malaya. Kredit Foto: faisalhalim.7
Ia turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Faisal Halim.
YB Fadhlina Sidek memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya pada semalam.
Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek Kredit Foto: fadhlinasidekofficial
Hantaran itu memaparkan foto berdua beliau bersama Faisal Halim ketika kunjungan beliau ke Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi pada Januari 2022.
View this post on Instagram
YB Fadhlina Sidek menzahirkan rasa dukacitanya terhadap kejadian yang berlaku.
Tulis beliau di ruangan kapsyen: –
“Berasa dukacita atas kejadian yang menimpa tonggak pasukan bola sepak negara, saudara Faisal Halim yang kini berada dalam pantauan dan rawatan rapi.
“Beliau mengalami kelecuran tahap empat dan perlu menghadapi beberapa prosedur perubatan.”
Kredit Foto: faisalhalim.7
Selain itu, YB Fadhlina Sidek turut menyelar tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas Faisal Halim.
“Kejadian yang menimpa beliau ini merupakan suatu tindakan tidak berperikemanusiaan dan berniat jahat serta menuntut tindakan tegas secara perundangan.”
BACA JUGA: Tetap Setia Sebagai ‘Bawal Lover’ YB FADHLINA SIDEK Nampak Manis Pada Usia 46!
Menurut YB Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ini, beliau bersama rakan-rakan sentiasa mendoakan agar Faisal Halim diberikan kemudahan dalam setiap urusan serta dikurniakan kesembuhan agar dapat kembali berbakti kepada negara.
Dalam hantaran yang sama, YB Fadhlina memaklumkan beliau turut menerima khabar daripada sahabatnya yang juga Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bahawa Faisal Halim bakal menerima rawatan terbaik dan sokongan sepanjang proses pemulihan di Institut Sukan Negara.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Kredit Foto: hannahyeoh
Bagi YB Fadhlina Sidek, anak kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu sentiasa menjadi contoh dan kebanggaan anak-anak muda khususnya di Seberang Perai dan Pulau Pinang.
“Sama-sama kita doakan saudara Faisal Halim (a.k.a ‘Mickey’) agar terus kuat dan kembali sihat untuk meneruskan bakti kepada negara.”
Kredit Foto: fadhlinasidekofficial
Beliau turut mengajak orang ramai untuk sama-sama mendoakan rakan seperjuangan Faisal Halim iaitu Akhyar Rashid yang cedera akibat dipukul semasa disamun baru-baru ini.
“Doa kami buat para wira negara! Faisal dan Akhyar tetap kuat dan akan bangkit semula!”
Untuk info, (menurut sumber) pada petang kejadian Faisal Halim bersama isteri dan anak dikatakan sedang menuju ke kereta yang diparkir di pusat beli-belah sekitar Kota Damansara sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal.
Faisal Halim bersama isteri dan anak. Kredit Foto: faisalhalim.7
Mereka menghampiri Faisal Halim dan salah seorang menyimbah asid ke arah Faisal. Akibat daripada insiden tersebut, pemain bola sepak berusia 26 tahun ini melecur teruk di badan.
Terkini, Faisal Halim disahkan melecur tahap 4 dan menjalani pembedahan kedua di salah sebuah hospital di Shah Alam.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.