Pelakon dan pengacara, Izzue Islam mengakui bimbang sekiranya dia berlaku curang terhadap isteri tercintanya, Awin Nurin.
Justeru, Izzue mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa isterinya kemana-mana sahaja.
“Setakat ini tiada pun yang cuba nak try saya cuma itu sebagai langkah berjaga-jaga tak nak tiba-tiba saya pula yang ‘try’ orang lain. Manusia ni kan perasaan dia tunggang-langgang juga kadang-kadang.
ARTIKEL BERKAITAN: Penonton Mula ‘Muak’ Wajah Kerap Muncul Di Televisyen? Izzue Islam Percaya Rezeki
“Takut satu hari saya jauh dengan isteri saya, tiba-tiba ‘bolehlah usha awek mana-mana kan?’. Jadi untuk elak benda tu saya selalu bawa isteri saya. Saya tak suka hilang fokus. Saya lebih nak fokus kepada kerja, selesaikan tugas saya dan lepak dengan isteri. Itu sahaja,” katanya.
Pada masa sama, pelakon drama hit Rindu Kasih itu turut memberitahu dirinya enggan berkongsi kasih sayang dengan wanita lain selain daripada isterinya.
“Saya nak dia bahagia cuma dengan saya dan saya cuma nak bahagia hanya dengan dia. Dalam masa sama, saya tak nak kongsi kasih sayang saya dengan orang lain. Kalau saya kongsi dengan orang lain nanti dekat dia tak cukup macam mana?
“Jadi saya nak bagi sepenuhnya kasih sayang apa yang sepatutnya seorang isteri dapat daripada seorang suami. Saya tak nak kongsi dengan orang lain,” ujarnya.
Tambah Izzue, seandainya ditakdirkan jodoh mereka tidak berpanjangan, dia tidak ralat dengan segala perbuatan yang pernah dilakukan buat isterinya.
“Saya nak bagi dekat dia saja sepenuhnya supaya satu hari nanti kalau saya tak ada ataupun saya meninggal, ataupun benda yang kita tak mahu, perpisahan ke, kita tak tahu kan Allah susun perjalanan hidup kita macam mana.
“Andai satu hari saya tidak bersama dengan dia pun sekurang-kurangnya dia ingat suami saya tak pernah buat itu, tak pernah buat ini dan suami saya cukup bagi saya itu ini,” tambahnya.
Sekadar informasi, Izzue mendirikan rumah tangga bersama Awin pada tangga 2 Jun 2013.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.