Sebatian Yang Lebih Mujarab Daripada Ozempic Boleh Mengurangkan Sehingga 22% Berat Badan

Ozempic dan Wegovy ialah ubat yang terbukti mujarab dalam mengurangkan berat badan golong obes. Selain itu ia digunakan juga untuk merawat diabetes tahap jenis 2, ketagihan dadah, dan ketagihan alkohol. Kedua-dua Ozempic dan Wegovy menggunakan bahan aktif glucagon-like peptide 1 (GLP-1) dan kini penyelidik menemukan bahan aktif baharu yang lebih mujarab.

Dalam ujian klinikal yang masih sedang dijalankan, retatrutide didapati dapat mengurangkan purata 22.1% berat badan pengambilnya dalam tempoh 48 minggu. Ini adalah lebih baik berbanding semaglutide yang mengurangkan purata 13.9% berat badan pengambilnya dalam masa 68 minggu.

Retatrutide dibangunkan oleh Eli Lilly and Company dengan ia kini dalam ujian klinikal fasa kedua. Seperti semaglutide, retatrutide mengurangkan perasaan lapar dan mengelakkan pemakanan berlebihan yang membantu mengurangkan berat badan. Ujian klinikal akan diteruskan tahun ini dengan ia akan mengambil masa berbapa tahun lagi sebelum boleh menerima kebenaran FDA dan dipasarkan.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply