Mak mentua jangan sibuk nak ambil tahu berapa nafkah menantu dapat, banyak atau sikit itu hal anak menantu. Rasa tak selesa dan boleh ‘sakit kepala’ bila mak mentua nak ambil tahu berapa banyak duit nafkah yang anaknya beri pada isteri.
Mak Mentua Jangan Sibuk Nak Ambil Tahu Berapa Nafkah Menantu Dapat
Bukan apa, kalau jujur sangat takut mak mentua sentap. Kalau menipu, berdosa pula. Bab duit ini, adik-beradik pun boleh bergaduh. Ada persoalan tentang wang nafkah yang para suami dan isteri perlu ambil tahu. Elok juga disampaikan kepada mak mentua yang bertanya.
SOALAN:
Saya nak tanya wajarkah seorang ibu bertanya berapakah nafkah zahir yang diberikan suami kepada saya. Dan sepanjang tempoh perkahwinan saya dengan suami, suami tak pernah memberi nafkah zahir kepada saya.
Artikel lain: Mak Mentua Jangan Jadi Batu Api Bila Anak Menantu Bergaduh, Kena Adil, Cuba Nasihat Anak Sendiri Dulu
Menantu Kalau Dapat Ibu Mentua Cerewet, Pekakkan Telinga, Butakan Mata, Mulut Kena Jaga
Kami pernah berbincang mengenai hal ini, tapi disebabkan saya bekerja dan mempunyai wang sendiri kadang-kadang saya tak kisah suami nak bagi ke tidak kerana saya tau kemampuan kewangannya. Tetapi kalau kami keluar/bercuti, suami yang akan keluarkan belanja untuk segala-galanya. Adakah itu boleh dikira sebagai nafkah zahir?
Banyak Atau Sikit Itu Hal Anak Menantu
Jawapan
Sebenarnya seorang ibu tiada hak untuk mengetahui berapa nafkah yang diberikan suami kepada isterinya kecuali bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang mungkin timbul. Isu nafkah sebenarnya mudah dan ia bergantung kepada kemampuan suami selagi mana tidak terabai keperluan asas bagi seorang isteri.
Cuba renungi dan ambil faham mafhum hadis Rasulullah SAW ini: Daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda telah ditanya; Apakah hak seorang isteri ke atas suaminya? Rasulullah SAW menjawab:
“MEMBERI MAKAN BILA MANA KAMU MAKAN, MEMBERI PAKAIAN BILA MANA KAMU BERPAKAIAN DAN TIDAK MEMUKUL MUKA, TIDAK MENGHINA DAN TIDAK MENINGGALKANNYA MELAINKAN DI RUMAH YANG MENJADI TEMPAT KEDIAMAN.” (RIWAYAT IBN MAJAH)
Daripada hadis ini bolehlah kita fahami bahawa nafkah yang sebenarnya ialah apabila makan dan pakai yang merupakan keperluan asas kehidupan termasuk kediaman (sama ada disewa atau dibeli mengikut kemampuan) telah disediakan oleh suami dengan teratur maka itu telah dikira menunaikan hak tanggungjawab kepada isterinya. Berapa nilainya tidaklah penting, tetapi memadai mengikut kemampuan pendapatan suami.
Oleh itu bagi menunaikan hak nafkah ini, suami sebolehnya membeli keperluan rumah yang asasi dan jika sekiranya inginkan sedikit kemewahan bolehlah dibantu oleh isteri.
Namun jika si isteri reda dan memahami situasi suami malah dia membantu dari segi kewangan dan tenaga untuk memberi kesenangan hidup berkeluarga yang dikongsi bersama, perkara itu adalah suatu kebaikan untuk dirinya (si isteri). Segala bantuannya itu akan dikira sedekah oleh Allah SWT.
Sumber : https://mohamadzakihalim.com
Baca lagi: Mak Mentua Jangan Berangan Dapat Menantu Sempurna, Anak Sendiri Pun Banyak Kelemahan
Menantu Perempuan Mak Mentua Bila Sama-sama Keras Kepala Yang Jadi Mangsa Suami/Anak Lelaki
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.