“Dia Guna Tak Kira Masa” Mata Anak Jadi Juling Akibat Main Gajet Lebih 3 Jam Sehari!

Sebut sahaja gajet menjadi satu kesukaran buat mak ayah untuk menghadkan penggunaan gajet pada anak-anak. Malah perlukan kesabaran yang tinggi untuk menanganinya.

Namun perkongsian seorang ibu kepada tiga cahaya mata, Rasidah Hanum Lehon, pendedahannya mengenai anaknya dapat dijadikan teladan buat ibu bapa yang lain.

Meskipun perit untuk menerima hakikat mata anaknya juling akibat penggunaan gajet, beliau harus tampil bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa lain.

Katanya, anak sulungnya, Nik Nur Soffea Amanda lahir sebagai seorang kanak-kanak normal, namun anak matanya semakin juling ketika berusia dua tahun.

“Ketika itu, saya bagi anak tengok telefon bimbit mengikut kehendaknya. Tidak kira waktu siang mahupun malam. Setiap kali tengok, lebih dua hingga tiga jam tanpa henti.

“Bayangkan dalam satu hari, tiga hingga empat kali Amanda melihat telefon. Bagi saya, itu sahaja cara untuk bagi Amanda senyap kerana mahu tidurkan adiknya, sama juga ketika makan di luar. Saya akan bagi Amanda telefon supaya dia senyap ketika di meja makan,” katanya.

Segala-galanya berubah ketika beliau mendapati mata kanan anaknya juling ketika sedang bercakap dengannya.

“Saya ingat dia saja buat mata juling ketika bercakap dengan saya. Tetapi selepas lebih seminggu, saya lihat keadaan matanya masih sama. Saya terus pergi ke klinik kesihatan terdekat dan doktor merujuk Amanda ke hospital.

“Doktor maklumkan mata anak menjadi juling sebab rabun, tetapi pada ketika itu saya memang tidak nampak pun petanda anak itu rabun.

“Punca kepada masalah matanya kerana telefon. Matanya terlalu fokus kepada gajet sehingga menjadikannya lazy eyes.

“Sudah tentu saya tidak dapat menerima keadaan anak yang juling secara tiba-tiba, sedih sangat. Tapi saya akui semua ini silap saya,” katanya.

Mata kini beransur pulih
Tambahnya lagi, doktor menasihatkan anaknya untuk memakai cermin mata bagi meluruskan kembali anak matanya dan beliau sangat bersyukur keadaan mata anaknya yang kini sudah berusia sembilan tahun beransur pulih.

Bahkan kata Rasidah, dia tidak menghentikan terus penggunaan gajet kepada anaknya kerana tahu teknologi itu masih perlu digunakan, terutama bagi menyiapkan kerja sekolah tetapi kini dihadkan.

“Tapi penggunaannya dihadkan, tidak sama seperti sebelum ini, dia guna tidak kira masa.

“Mula-mula memang sangat susah tetapi saya kena kentalkan hati dan perlu banyak pujuk Amanda. Kini, dia sudah faham mengapa saya berbuat demikian,” katanya.

Rasidah meminta supaya ibu bapa lain tidak memberikan anak mereka gajet dalam tempoh yang lama terutama menggunakannya ketika keadaan gelap.

Menarik: Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Sumber: Berita Harian


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply