Daging Masak Kicap Juicy, menu tambah selera. Kalau selalu buat Daging Masak Kicap berkuah apa kata cuba resipi versi lain pula. Nampak memang sangat menyelerakan.
Resipi yang dikongsi oleh Kaseh Aryssa di laman Facebook Masak Apa Hari Ini cukup tersendiri. Daging kicapnya nampak berjus dan mengujakan.
Menurut empunya resipi ia cukup sedap tambah pula dimakan dengan nasi panas. Bagi yang suka pedas boleh letak cili padi banyak-banyak. Makan macam ni memang tak cukup nasi sepinggan.
Daging Masak Kicap Juicy
BAHAN-BAHAN:
Daging – hiris nipis
Kicap cair
½ sudu besar baking soda
1 sudu besar tepung jagung
Bawang holland – hiris bulat
Bawang putih – hiris
Capsicum – hiris memanjang
Daun bawang
Kicap manis
Sos tiram
Cuka
Bahan perasa
CARA PENYEDIAAN:
- Bancuh kicap cair, baking soda, tepung jagung. Kemudian masukkan daging dan perap seketika
- Goreng bawang holland dan bawang putih dengan sedikit minyak. Bawang dah bertukar kekuningan ketepikan dan masukkan daging.
- Biarkan daging dalam kuali tak perlu dikacau (supaya melekat sedikit warna kuning pada hirisan daging)
- Bila daging dah separuh masak, kacau supaya daging masak rata.
- Masukkan kicap, sos tiram, cuka dan bahan perasa. Gaul sebati.
- Masukkan capsicum, gaul sebati dan sehingga masak.
- Masukkan daun bawang, gaul sebati. Tutup api.
- Taburkan sedikit bijan, sedia untuk dihidang.
Kredit: Kaseh Aryssa
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Daging Masak Kicap Paling Sedap. Lelaki Ini Kongsi Resipi Air Tangan Mak Mentua
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.