KTM Malaysia telah memperkenalkan empat model terbaru daripada rangkaian Duke mereka iaitu KTM 250, KTM 390, KTM 990, dan KTM 1390. Pelancaran ini berlangsung sempena ulang tahun ke-30 KTM.
Di samping empat model tersebut, KTM juga mengumumkan akan melancarkan KTM 790 Duke tidak lama lagi, sebuah model yang telah menarik perhatian tinggi di pasaran Asia. Keputusan untuk memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
Sempena menyambut ulang tahun yang ke-30, KTM telah memperkenalkan slogan baru,
“No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”.
Menurut Goi Seong Keng, Pengurus Pemasaran Strategi di KTM, model Duke adalah tentang kekuatan, ketangguhan, dan prestasi tanpa kompromi. Duke sedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaannya membelah jalan raya dan merentas segala halangan, ujar Goi dalam majlis pelancaran yang diadakan di RAC Skypark.
Semua model Duke hadir dengan reka bentuk yang tajam dan bergaya, serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan. KTM Duke tidak hanya meraikan kejayaan tetapi juga ingin berkongsi pengalaman pemanduan yang luar biasa.
Setiap model Duke menawarkan sesuatu yang unik kepada penungangnya, daripada penampilan yang menarik hingga ke prestasi yang tinggi di jalan raya.
Seiring dengan perkembangan pasaran motosikal, KTM Duke terus berinovasi dan memperkenalkan model-model yang lebih berani dan matang, tetap menjadikannya pendahulu dalam pasaran yang kompetitif.
Dengan rangkaian lengkap yang saat ini termasuk KTM 200 Duke, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke, KTM 790 Duke, KTM 890 Duke R, KTM 990 Duke, KTM 1290 Duke, dan KTM 1390 Duke, KTM Duke menetapkan standard baru dalam dunia dua roda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.