Lambretta, simbol kemegahan Itali, kini kembali ke pasaran Malaysia secara rasmi. Dikenali sebagai gabungan sempurna antara keanggunan klasik Itali dan gaya moden-retro, Lambretta menjanjikan rangkaian skuter yang menawarkan gaya klasik yang menarik bagi setiap generasi.
Jenama ini telah berjaya menarik minat peminat motosikal di seluruh dunia dengan keunikkan rekaannya yang klasik namun kontemporari. Untuk lebih mendekatkan produk mereka kepada peminat di Malaysia, mereka akan membuka lima cawangan rasmi yang terletak di lokasi strategik termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Kuching.
Berdiri sejak 1947, Lambretta terinspirasi oleh skuter Cushman yang bewarna hijau zaitun yang pernah popular semasa zaman peperangan di Itali. Visi mereka adalah untuk mencipta skuter yang mudah dikendalikan oleh semua.
Baca Juga : Lapan Perlumbaan Motorsport Paling Berbahaya Di Dunia
Pengasan Lambretta, Ferdinando Innocenti memperkenalkan pelbagai model yang menawarkan alternatif yang tidak hanya berpatutan tetapi juga penuh gaya. Skuter ini dilengkapi dengan enjin dua lejang yang inovatif, dilengkapi dengan reka bentuk yang elegan yang membuatnya menonjol daripada motosikal konvensional yang lain.
Lambretta kini memasuki era baru dengan memperkenalkan skuter yang tidak hanya mengekalkan estetik klasik tetapi juga menonjolkan inovasi modern. Rangkaian terbaru ini menampilkan seni bina monocoque yang unik, melambangkan kekuatan dan ketangkasan melalui setiap lengkung dan struktur reka bentuknya.
Model terbaru, Lambretta X250 dan G350, yang akan dilancarkan di Malaysia, menjanjikan kombinasi keanggunan dan eksklusif kepada peminat dan pengguna skuter di Malaysia.
Sumber Artikel : Lambretta scooters return to Malaysia 2-wheel market
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.