Kita sering dengar bahawa apabila ada bahagian badan yang melecur, kita terus meletakkan ubat gigi untuk mengelakkan gelembung. Ada juga yang meletakkan kicap atau menyapu tepung untuk mengatasi masalah ini. Tapi bagaimana jika melecur disebabkan asid?
Asid diketahui bersifat mengakis dan merupakan cecair berbahaya, terutama jika terkena pada tubuh manusia atau haiwan. Demi keselamatan, peralatan khas harus digunakan ketika mengendalikan bahan berbahaya ini. Ini kerana cecair kimia tersebut boleh menyebabkan kulit melecur dan melepuh apabila terkena lapisan kulit.
Malang tidak berbau, seperti nasib pemain kebangsaan Malaysia, Faisal Halim, yang baru-baru ini menjadi mangsa simbahan asid dan mengalami kecederaan serius. Akibat serangan tersebut, Faisal Halim disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan di hospital.
Hospital UMRA berkongsi tip di bawah.
Merawat luka lecur atau bakar akibat bahan kimia
Jika kulit anda terkena bahan kimia seperti peluntur atau asid, ikuti langkah bantu awal berikut:
- Bersihkan bahan kimia yang terdapat pada kulit di bawah aliran air sekurang-kurangnya selama 20 minit. Bersihkan bahan kimia berbentuk serbuk seperti kapur, dari kulit terlebih dahulu sebelum mengalirkan air pada kawasan berkenaan.
- Buka barang kemas, atau pakaian, yang mungkin telah terdedah atau terkena kepada bahan kimia.
- Gunakan tuala basah untuk membantu melegakan kesakitan.
- Tutup luka lecur atau bakar dengan pembalut atau kain yang kering dan steril atau bersih.
- Jika anda masih mengalami rasa kesan bakar, basuh kulit sekali lagi di bawah air mengalir untuk beberapa minit.
- Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin agar tahap luka lecur atau bakar anda boleh dinilai dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.
Semoga bermanfaat
Sumber: Facebook Hospital UMRA
BACA: Bapa Didakwa Paksa Anak Enam Tahun Bersenam Hingga Maut Kerana “Terlalu Gemuk”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.