Hamil anak ke empat, ramai teka Izreen Azminda bakal dapat baby girl. Melalui hantaran dilaman Instagramnya, pelakon, Izreen Azminda, 39, berkongsi tentang perkembangan dirinya yang sedang sarat hamil anak ke empat.
Hamil Anak Ke Empat
Kali terakhir Izreen menimang cahaya mata pada tahun 2021. Difahamkan kandungan anak ke empat Izreen kini berusia 7 bulan.
Dalam satu hantaran di Instagramnya, Izreen berkongsi dengan warga maya ketika melakukan ‘check up’ bersama doktor kegemarannya.
“Ayang angat nih…Dr paling best.. bukan setakat doktor.. dah macam mak-mak dengan anak kecil…DR SERI, ” tulis Izreen.
View this post on Instagram
Ramai Teka Izreen Azminda Bakal Dapat Baby Girl
Menerusi komen-komen di hantaran tersebut, ramai warga maya yang meneka bayi dalam kandungan Izreen, anak perempuan. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Izreen melahirkan bayi perempuan.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.
Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adrian Umar hasil perkahwinan yang terdahulu.
Sumber: Instagram Izreen Azminda
Artikel lain: Sedapnya Nama Baby Ali Ringkas Tapi Sedap, Izreen Azminda Perkenalkan Nama Anak Ketiga!
Muka Lembut Je, Comel Izreen Azminda Dedah Wajah Ali Idrees, Comel Sungguh!
Cut Nasi Tanpa Susu Drop Berpantang Tanpa Nasi, Izreen Azminda Mahu Turun 30kg Lepas Pantang!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.