Dekorasi Ruang Tamu Jadi FARMHOUSE RUSTIC, Buat Sendiri Bajet Jadi Rendah

Dekorasi ruang tamu kediaman bertemakan ‘farmhouse rustic’ ini memang cantik dan kena dengan kediaman di negara kita.

Pemilik kediaman, Norpadilah Binti Afandi bijak menggunakan bahan yang ada di sekeliling kediaman untuk mengubah ruang tamu asal ke tema diinginkan. Hampir kesemua deko dan DIY di ruang tamu dibuat sendiri.

Nak kongsi serba sikit perjalanan transformasi ruang tamu saya dari warna pumpkin kepada tema farmhouse rustic. Makan masa hampir dua tahun juga untuk kumpul material sebab hampir semua DIY sendiri.”

Modal hanya beli langsir ( sebab masa tu PKP, kedai kain semua belum boleh operasi ), cat, kayu batang penyapu buat rod langsir, besi L bracket kedai ecoshop, bantal-bantal gebu, dan karpet.

Yang DIY

  • Dinding batu saya buat shiplap guna pen marker saja ( sebab takde bajet )
  • Meja kopi box dari pallet
  • Meja console dari pallet
  • Rak dari laci terpakai
  • Box crate dari pallet
  • Hiasan-hiasan dinding dari tingkap, frame gambar lama dan daun pintu terpakai.

Sofa tu pun sebenarnya owner dia dah buang jadi saya repair semula. Sangat-sangat low bajet cuma makan masa dan tenaga since saya buat semua sorang-sorang dan ada baby umur 1 tahun 4 bulan. Tapi berbaloi lah semua kesabaran tu.

Saya sangat puas hati hasilnya.”

Begini Ubah Ruang Tamu Bertema Farmhouse Rustic

√  Ubah Perabot Asal Jadi Perabot Farmhouse Rusti

Lama juga bertahan dengan warna pumpkin ni.

√  Mencipta Hiasan Dinding Pada Ruang Tamu

Guna Pintu Lama

Pintu lama jumpa di buangan sampah, bersihkan dan cat rustic look. Box crate saya DIY guna kayu pallet.

Agar pintu kukuh berdiri, dekat pintu pasang besi bracket bahagian bawahnya.. pastu letak box pallet tu depan dia bagi kuat lagi.

Gantung Daun Tingkap Lama

Daun tingkap lama, kerusi/bench & wreath akar pokok saya DIY. Gelung bunga tu DIY guna akar pokok ambil depan rumah.

Tingkap lama, stick wreath saya DIY guna ranting pokok rambutan.

Hiasan Dinding Box Chicken Wire

Box chicken wire pun DIY saja.
Chicken wire atau dawai mata punai beli di hardware.

√  Buat Sendiri Meja Di Ruang Tamu

Meja Konsol Kayu Pallet

Lebih jimat, meja console juga DIY guna kayu pallet.

Meja Kopi Di Ruang Tamu

Meja kopi wooden box dari kayu pallet. Buat sendiri. Selain meja kopi, juga dijadikan tempat penyimpanan mainan anak kecil.

Yang macam besi hitam keliling wooden box itu sebenarnya tali pinggang en.somi, kita buat decor situ.

Rujuk gambar di bawah untuk step by step buat meja kopi wooden box dari kayu pallet.

√  DIY Rak Tangga Serikan Ruang Tamu

Rak tangga dari laci terpakai, DIY saja.
Tunggang terbalik nak cantumkan laci-laci tu.
Cat tu offwhite, seamaster ‘shiny effect’.

√  Buat Rod Langsir Gaya Rustic

Rod langsir dari batang penyapu. Kayu batang mop beli di hardware saya cat, besi L bracket beli di ecoshop.

√  Hasilkan Dinding Shiplap Bajet

Cara buat dinding shiplap bajet guna pen marker :

  1. Pembaris panjang, pembaris timbang air dan pen sharpie digunakan untuk buat faux shiplap.
  2. Cat dinding putih dulu, baru garis dengan pen permanent sharpie.
  3. Waktu buat ukuran, guna pembaris timbang air untuk lurus.
  4. Dinding shiplap guna marker pen permanent sharpie. Jarak 5.5 inci.

√  Hias Meja Konsol Dengan Kotak Homemade

Box dari kotak dan tali kapal untuk buat penyimpanan buku juga DIY. Klik sini untuk lihat cara buat box : https://www.facebook.com/NorpadilahAfandi/posts/3811908435517685?__tn__=R*F

Guna kain thermal blanket. Beli di shopee untuk kain warna putih pada box.

Hasilnya Memang Wow!

Transformasi ruang tamu rumah kampung, kepada ruang tamu bertema Farmhouse Rustic. Memukau betul hasilnya.

Berubah terus ruang tamu ini, modalnya pun bajet saja. Yang penting, buat sendiri hampir kesemua sentuhan deko itu.

Artikel ini diambil dan diolah dari MW.

Mesti Baca:Ambil Tahu Perkara Ini Elak Rugi Bila Renovasi Rumah
Baca Lagi Di Sini:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Artikel Menarik:Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply