Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu. Manakala Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga merupakan penaung dan pengerusi kelab bola sepak Selangor FC menitahkan Polis DiRaja Malaysia untuk menyiasat kes tersebut sehingga ke akar umbi.
Selang beberapa hari selepas pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid dipukul di kepala dan menjadi mangsa samun; seorang lain pemain bola sepak tempatan telahpun diserang pada Ahad di ibu negara.
Pemain Selangor FC, Faisal Halim dikejutkan dengan perbuatan dua orang suspek yang disimbah cecair yang dipercayai sebagai asid ketika berada di sebuah pusat membeli-belah dekat Kota Damansara.
REMAJA difahamkan Faisal Halim, 26 telah dihampiri dua individu bermotosikal yang bertindak untuk menyimbah cecair dipercayai asid kepadanya.
Faisal kemudian dikejarkan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil. Manakala laporan orang awam berhubung insiden itu telahpun diterima oleh pihak Polis Selangor pada jam 5.51 petang.
Kongsi Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi kepada rakan pemberita hari ini, Faisal telah mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuhnya seperti sekitar leher, bahu, lengan dan dada akibat disimbah cecair tersebut dan kini sedang dirawat sepenuhnya.
Serangan tidak bermoral itu pantas dikecam sekeras-kerasnya oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Menerusi akaun X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga merupakan penaung dan pengerusi kelab bola sepak Selangor FC menitahkan kepada Polis DiRaja Malaysia untuk menyiasat kes tersebut sehingga ke akar umbi.
“Baginda amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan.
“Baginda khuatir jika insiden seperti ini tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.
“Baginda mendoakan agar Faisal Halim kembali sihat seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC,” catat akaun tersebut.
5 Mei 2024 ~
KENYATAAN DYMM SULTAN SELANGOR
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa pihatin dah bimbang susulan kejadian terbaru berunsur keganasan membabitkan pemain bola sepak Selangor FC, yang juga pemain kebangsaan, Faisal Halim, hari ini.… pic.twitter.com/xcxEZIHH0H
— Selangor FC (@selangorfc) May 5, 2024
Dalam pada itu, seorang lelaki diberkas lewat malam tadi di Pandan Indah, Ampang, untuk membantu siasatan insiden tersebut.
Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kepada Sinar Harian pada hari Isnin, pihak polis setakat ini telahpun merakamkan keterangan tiga individu termasuklah mangsa, Faisal Halim.
FOTO: X @zulhelmizainal1 & X @finanasrom
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.