Pada tahun 2025, pasaran motosikal cruiser Malaysia akan terus berkembang dengan kedatangan Benda Napoleon 500, sebuah model terbaru yang telah diperkenalkan oleh MForce Bike Holdings, pengedar rasmi Benda. Model ini dijadualkan akan berada dalam pasaran Malaysia pada tahun hadapan.
Dalam acara Malaysia Autoshow 2024 yang bakal berlangsung pada 22 hingga 26 Mei di MAEPS, Serdang, Benda Napoleon 500 ini akan menjadi salah satu tarikan utama. Model ini telah dilancarkan di pasaran global pada Beijing Motorcycle Show pada bulan Jun 2023 dan mendapat pujian karena reka bentuknya yang agresif.
Benda Napoleon 500 membawa konsep reka bentuk neo-retro yang elegan dengan lampu hadapan bulat klasik dan panel bodi yang bergaya. Ciri khas motosikal ini adalah penutup depan yang menutupi fork teleskopik dan daripada pandangan pertama tampak mirip seperti fork jenis ‘cantilever’. Motosikal ini juga menawarkan ciri-ciri ergonomik dengan ‘handlebar’ yang lebih rendah dan ppemijak kaki yang maju, mendukung gaya menunggang sebuah ‘bobber’.
ciri-ciri menarik yang ada pada Benda Napoleon 500 termasuk:
- Lampu penuh LED
- Rim aloi berukuran 16 inci
- Tangki petrol berkapasiti 16 liter
- meter TFT warna
- Sistem brek ABS dua channel
- traction control
Benda Napoleon 500 dikuasakan oleh enjin V-Twin 488cc 8-valve SOHC dengan sistem pendinginan cair, yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 50 kuasa kuda pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 7,000rpm. Dengan berat total hanya 196 kg, motosikal ini menawarkan kombinasi prestasi dan manuver yang efektif.
Selain itu, MForce akan memperkenalkan satu lagi model cruiser, Benda LFC700, acara Autoshow yang sama, yang merupakan sebahagian daripada lebih 100 unit motosikal baru yang akan ditampilkan.
Sumber artikel : Mekanika Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.