Iklan Minyak Wangi Berniat Tarik Perhatian, Pendakwah Nasihat Hentikan “Ia Pembuka Kepada Zina…”

Iklan minyak wangi berniat tarik perhatian, pendakwah nasihat hentikan “ia pembuka kepada zina. Hari ini, orang akan menggunakan apa saja teknik pemasaran semata untuk memastikan ianya viral.

Ini termasuklah  iklan minyak wangi yang menggunakan teknik pemasaran dengan menguji sama ada individu yang berada di sekeliling terpikat dengan haruman itu yang kini merajai media sosial.

Iklan Minyak Wangi Berniat Tarik Perhatian

Namun di sebalik teknik pemasaran yang menggunakan wanita muslim, ada hal yang penjual terlepas pandang iaitu ia pembuka jalan  ke arah penzinaan. Nampak kenyataan ini perit untuk diterima tetapi itulah hakikatnya.

Penceramah bebas, Nurul Syuhada Amer berkata iklan minyak wangi yang menggunakan teknik pemasaran dengan menguji sama ada individu yang berada di sekeliling terpikat dengan haruman itu boleh menjadi pembuka kepada zina.

Dirinya mengulas isu mengulas teknik pemasaran yang digunakan sebahagian jenama minyak wangi tempatan untuk mempromosikan barangan yang dijual.

Pendakwah Nasihat Hentikan “Ia Pembuka Kepada Zina…”

“Orang akan nampak macam test sahaja tetapi sebenarnya tidak. Itu adalah pembuka kepada zina, tindakan itu turut membuka ruang supaya individu lain melakukan cara mempromosi yang sama,” katanya.

Penceramah bebas, Nurul Syuhada Amer berkata iklan minyak wangi yang menggunakan teknik pemasaran dengan menguji sama ada individu yang berada di sekeliling terpikat dengan haruman itu boleh menjadi pembuka kepada zina.

Memetik laporan Majoriti, Nurul Syuhada berkata, teguran itu dibuat secara terbuka kepada semua penjual minyak wangi agar tidak mempromosikan kemungkaran seperti iklan memakai minyak wangi untuk menarik perhatian lelaki ajnabi atau bukan mahram semata-mata untuk meraih keuntungan.

Dia yang merupakan Pengarah Tarbiyyah Hati Resources turut menjelaskan bahawa terdapat dua teknik pemasaran yang boleh diguna pakai dalam pemasaran minyak wangi.

“Dalam perniagaan yang perlu diutamakan adalah keberkatan. Anda boleh memilih untuk mempromosikan sunah maka anda akan memperoleh pahala jariah yang berpanjangan.

“Namun, jika pemasaran dibuat dengan cara kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan maka anda juga akan mendapat dosa jariah yang berterusan. Akhirnya, perniagaan yang dilakukan tidak mendapat keberkatan dan dosa itu berlarutan,” katanya.

Susulan itu, Nurul Syuhada berharap agar iklan dengan cara menarik perhatian orang agar mencium bau harum yang dipakainya dihentikan kerana bertentangan dengan syariat Islam.

“Tidak dibenarkan memakai bau-bauan yang kuat apatah lagi memang berniat supaya ianya terhidu oleh lelaki ajnabi (bukan mahram),” katanya.

Memetik sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya: “Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya,” [Hadis Riwayat Nasa’i].

Nurul Syuhada turut menjelaskan bahawa hukum asal memakai minyak wangi ini adalah sunat bagi lelaki dan perempuan, namun cara pemakaian minyak wangi adalah berbeza bagi lelaki dan perempuan.

Islam membenarkan wanita memakai wangian ketika berada di luar rumah dengan hukum harus untuk sekadar menghilangkan bau badan dan menjaga keterampilan.

Ciri-ciri minyak wangi yang dibenarkan untuk wanita mengikut sabda Rasulullah S.A.W:

إِن خير طِيبِ الرجُلِ ما ظهر رِيحُهُ وخفِي لونُهُ وخير طِيبِ النِساءِ ما ظهر لونُهُ وخفِي رِيحُهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.”

Menurut Nurul Syuhada, tip memakai minyak wangi bagi muslimah adalah memakai di bahagian kulit seperti di leher dan pergelangan tangan supaya dapat terjaga dari fitnah.

“Elakkan untuk meletakkan minyak wangi secara berlebihan di bahagian pakaian yang dipakai walaupun muslimah ini keluar untuk ke masjid.

“Apa pun sebagai seorang muslimah jagalah akhlak dan peribadi. Tutuplah aurat dengan sempurna. Jagalah diri sebaiknya agar ALLAH reda. Elakkanlah diri daripada menjadi fitnah pada agama,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Shakilla Khoriri Berang Difitnah Berzina Dengan Suami Orang, Dedah Wanita Tampil Buat Permohonan Maaf

Umur 12 Tahun Dah Pandai Berzina! Doktor Dedah Pengalaman Kes Sebenar Pesakit Di (OSCC)

Wanita Berstatus Isteri Nikah Lelaki Lain Tanpa Pengetahuan Suami

Terkahwin Sesama Adik Beradik, Peguam Syarie Dedah Anak Dalam Kandungan Dikategorikan Anak Sah Taraf Tetapi…

Nabila Razali Minta Keizinan & Utamakan Ibu Sebelum Buat Perkongsian, Berterima Kasih Dengan Teguran Warganet

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply