Sekian Lama Menyewa Fokus Majukan Bines, HAFIZ MAHAMAD Akhirnya Pindah Rumah Sendiri. Syawal tahun ini pastinya menjadi lebih istimewa buat pempengaruh media sosial Hafiz Mahamad,31 serta keluarga kecilnya apabila berjaya memiliki kediaman sendiri dan telah selamat berpindah ke rumah baru mereka semalam.
Hidup Sederhana Tingga Rumah Sewa
Hafiz berkongsi khabar gembira tersebut menerusi perkongsian posting terbaru di Instagramnya. Menurut Hafiz, semenjak berkahwin dia dan keluarga hidup secara sederhana dan hanya tinggal di rumah sewa. Rumah pertama yang baru dibeli juga diletakkan atas nama isterinya, Aina.
“Happy sangat bila tengok anak anak semalam masuk rumah. Rasa rindu juga dekat rumah sewa kami sebelum ni, banyak kenangan dekat situ.”
“Saya happy bila Aina terima je kita hidup sederhana & duduk menyewa selama ni. Dia tak pernah nak demand macam macam & itu yang buat saya sebagai suami happy.”
“Rumah baru ni pun, memang milik isteri sepenuhnya. Saje buat camtu, biar ada rasa sedar diri yang saya menumpang rezeki isteri selama ni,” ujarnya.
Fokus Majukan Bisnes
Hafiz juga menjelaskan dia dan keluarga tinggal di rumah sewa selama ini demi menyediakan tempat selesa untuk team mereka bekerja dan fokus untuk memajukan bisnes terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan untuk membeli dan tinggal di rumah sendiri.
“Ramai yang tanya saya & Aina sebelum ni. Kenapa menyewa selama ni, sedangkan business bagus ?”
“Alhamdulilah, selama ni saya & Aina fokus bangunkan @ainaabeautyofficial dulu. Tak sangka Allah datangkan team yang baik baik dalam hidup kami dan dari sini ada satu perasaan yang susah nak diceritakan.”
“Saya dan Aina malu jika kami berlebih-lebih terlalu jauh dari mereka. Kami beli rumah ni pun selepas dah sediakan tempat selesa untuk team bekerja. Team Agent Stokis Ainaa pun dah ramai yang ada rumah sendiri.
“Saya ada mohon izin isteri, kalau nak beli rumah. Biarlah nilai komitment rumah tu kalau team dengar, nilai tu team mampu bayar/beli. Taknak dengar reaction, weh mahalnyaa.
“Alhamdulilah, rumah baru ni dah cukup selesa sangat untuk keluarga kecil kami. Taklah besar dan tak lah kecil. Mohon banyak kasih sayang & kenangan yang terbina disini, jelasnya.
Rumah Konsep ‘Muji Aesthetic’
Hafiz membeli rumah jenis teres bertingkat lot tepi. Interior hiasan dalaman cukup cantik, nampak simple namun elegan dengan berkonsepkan ‘Muji Aesthetic’. Beberapa sudut dekorasi rumah juga dikongsikan seperti ruang tamu, bilik kerja, bilik tidur, dapur, landskap laman rumah,mini kafe, ruang patio dan sebagainya. Rona lembut dan cerah seperti, off white, beige dan coklat mendominasi tema kediaman ini, sekaligus bertepatan dengan konsep yang dipilih.
IMPIANA: Tahniah buat Hafiz sekeluarga, yang berpindah ke rumah baru. Cantik sungguh hiasan dalam dan keseluruhan dekorasi rumah berkonsep ‘Muji Aesthetic’ ini. Semoga mencipta lebih banyak kasih sayang dan kenangan indah bersama keluarga di kediaman baru ini.
View this post on Instagram
Mesti Baca:15 Tahun Tinggal Di Rumah Kebajikan, Ibu Teruja Beraya Di Rumah Baru Anak Beli
Baca Lagi Di Sini:6 Perkara WAJIB Anda Lakukan Sebelum Masuk Rumah Baru, Bukan Sekadar Cuci Sahaja
Artikel Menarik:RUMAH Baru Beli Banyak Rosak, 10 Tindakan Boleh Dilakukan Elak Pemaju ‘Lepas Tangan’
Sumber: Hafiz Mahamad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.