Kepak Ayam Pedas Manis, Makan Ratah Atau Buat Lauk. Menu Ringkas Kegemaran Sekeluarga

Kepak Ayam Pedas Manis, makan ratah macam tu sahaja atau buat lauk, sedap dan menyelerakan. Menu macam ni nampak ringkas tapi menjadi  kegemaran sekeluarga.

Bagi yang suka pedas boleh boleh lebihkan lada hitam untuk tambahkan rasa. Bila makan mesti teringat kepak ayam sedap yang dibeli di kedai.

Nak puas hati dan puas makan boleh buat sendiri. Anak-anak mesti seronok dapat menikmati kepak ayam yang mereka suka sampai puas.

KEPAK AYAM PEDAS MANIS

BAHAN-BAHAN

  • 10 kepak ayam – siang dan bersihkan
  • 10 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 2 inci halia – ditumbuk halus
  • serbuk kunyit
  • kicap manis
  • sos tiram
  • madu
  • sos cili pedas
  • serbuk sweet paprika@serbuk cili
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan secukup rasa.
  2. Perap selama sejam atau lebih.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dengan sedikit minyak
  4. Masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api perlahan saja.
  5. Biarkan masak dan kacau untuk elakkan hangit.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Amira Hasan

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tip Masak Rendang Ayam Pencen Cili Padi Agar Empuk Sepenuhnya, Sedap Diratah

Singgang Ayam Letak Bendi, Ada Budu Potong Cili Padi Lagi Tambah Selera

Gulai Ayam Kelate, Makan Sekali Mesti Nak Repeat

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Comments

Leave a Reply