“Be an inspiration, not an imitation” begitulah ungkapan inspirasi dari hijab influencer dan pereka fesyen busana Muslimah terkenal dari Indonesia, Dian Pelangi.
Kredit Foto: dianpelangi
Satu nama yang suatu ketika dulu pernah mencetuskan fenomenanya dalam indusrti fesyen Muslimah bertaraf dunia.
Wanita jelita ini bukan saja menjadi inspirasi Muslimah seluruh dunia bahkan berjaya membuktikan busana Muslimah tetap terserlah cantik dan trendy walaupun menutup aurat.
Kredit Foto: dianpelangi
Pemilik nama penuh Dian Wahyu Utami ini banyak memberikan karya terbaiknya dalam bidang fesyen.
Karyanya telah dipamerkan di beberapa bandar seluruh dunia seperti Singapura, London, Melbourne, Kaherah dan Paris.
Kredit Foto: dianpelangi
Dengan tahap pencapaiannya itu, tidak hairanlah figura berusia 32 tahun ini pernah dinobatkan sebagai 30 anak muda paling berpengaruh di dunia.
Ketika itu usianya baru mencecah 28 tahun.
Kredit Foto: dianpelangi
Dian Pelangi turut memiliki jenama fesyennya sendiri iaitu Dian Pelangi Fashion.
Lebih membanggakan, Dian Pelangi pernah memperagakan karya fesyennya di pentas New York Fashion Week beberapa tahun lalu.
Kredit Foto: dianpelangi
Dian Pelangi banyak menginspirasikan golongan wanita terutama yang berhijab.
Kejayaannya dalam bidang fesyen bukan hanya mengharumkan nama negaranya sendiri bahkan trendnya menjadi ikutan wanita-wanita berhijab seluruh dunia.
Kredit Foto: dianpelangi
Kerjaya sebagai pereka fesyen bukanlah cita-cita sebenar Dian Pelangi sebaliknya memenuhi hasrat ibu dan bapanya.
Pun begitu, dia tidak membantah sebaliknya berusaha untuk bergelar pereka fesyen demi membahagiakan kedua orang tuanya itu.
Kredit Foto: dianpelangi
Perjalanan kariernya menjadi lancar berkat doa dan restu ibu bapa. Berani ‘mengasah’ kreativiti dan yang paling penting berani menjadi lain daripada yang lain, itulah Dian Pelangi.
Dian Pelangi juga aktif dalam aktiviti sosial. Dia menubuhkan komuniti Muslimah muda iaitu Hijaber Community yang aktif berkongsi tip untuk belajar agama Islam serta cara berhijab.
Dian Pelangi kini bahagia dalam perkahwinan keduanya bersama suami tercinta, Sandy Nasution. Mereka bernikah pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang puteri yang sangat comel bernama Rumi.
Kredit Foto: dianpelangi
Kredit Foto: dianpelangi
Kesimpulannya, wanita inspirasi seperti Dian Pelangi ini mempunyai kisah perjuangannya yang tersendiri sebelum temui kejayaan. Kisah yang memberi inspirasi yang positif kepada semua khususnya wanita.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.