Pemenang Nobel Meramalkan Kebarangkalian 20% Manusia Pupus Disebabkan AI

Geoffrey Hinton menerima gelaran “Bapa Kecerdasan Buatan” kerana kajian beliau membina rangkaian neural seakan otak manusia menggunakan komputer adalah asas kepada AI yang digunakan sekarang. Oktober lalu, beliau memenangi Hadiah Nobel Fizik bersama dengan John Hopfield. Dalam temuramah dengan BBC Radio 4 baru-baru ini, Hinton meramalkan terdapat kebarangkalian antara 10% dan 20% manusia pupus dalam masa 30 tahun disebabkan oleh AI.

Ini kerana menurut beliau, manusia tidak pernah berhadapan dengan entiti yang lebih bijak daripada mereka. Tidak wujud banyak contoh entiti yang bijak dikawal oleh entiti kurang bijak. Satu-satunya contoh yang diberikan Hinton ialah bayi dan ibunya. Ini kali kedua Hinton memberikan amaran yang sama. Tahun lalu, amaran diberikan selepas beliau meletakkan jawatan daripada Google kerana risau dengan pembangunan AI yang dikatakan tidak selamat.

Beberapa syarikat AI sekarang sedang berlumba-lumba menjadi yang pertama membangunkan kecerdasan am buatan (AGI). AGI akan mempunyai kemampuan berfikir lebih baik berbanding manusia. Hanya beberapa minggu lalu DeepMind dan OpenAI mengumumkan kejayaan membangunkan model AI terkini yang boleh berfikir sendiri sebelum memberikan jawapan.

Filem The Terminator mungkin sebuah karya fiksyen, tetapi Bapa AI kini mengatakan ia boleh menjadi realiti dalam masa satu generasi sahaja lagi.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply