Anda mungkin hanya memerlukan satu atau dua pelepah seleri tetapi terpaksa membeli satu pokok penuh kerana itulah cara jualannya di pasar dan pasaraya. Untuk mengelakkan pembaziran. Apa kata kita tanam sendiri pokok ini mengunakan tunggul pokok celery ini.
Tip nak cepat tumbuh, tanam guna tunggulnya, tak perlu guna biji benih. Caranya dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob.
Cara tanam pokok celery, semai guna tunggul
Hidup dah pokok celery. Tunggul kita semai. Pakai medium tanah berpasir.Lepas ni dah boleh baja, biar gemuk jadi tak perlu dah beli setongkol besar celery. Nak pakai ambil saja satu pelepah, kan jimat. Cara tanam;
1. Bila beli celery, simpan tunggul untuk disemai. Tak perlu cari tunggul yang ada akar, boleh tanam terus.
2. Tanam tunggul celery dalam tanah berpasir. Ini penting supaya air tak bertakung. Sebab pokok celery tak perlu banyak air, nanti akarnya busuk.
3. Kemudian siram tapi pastikan jangan banyak. Cara saya, siram masa mula tanam saja. Kalau kering sembur air supaya tanah lembap. Dah tumbuh tunas baru siram, itu pun sikit saja waktu pagi.
4. Dah tanam jangan letak bawah cahaya terik. Letak di bawah bumbung tapi kena ada cahaya, cuma tak panas dan tak kena hujan.
5. Nak tanam pokok celery ini apa yang penting, pastikan tak siram banyak air, jangan letak tempat panas sangat dan guna pasir bila semai. Air yang banyak dan terdedah pada panas selalu jadi punca pokok celery mati.
Fakta menarik mengenai green celery.
1. Ianya dari spesis tumbuhan berbunga.
2. Bunyi saleri datang daripada perkataan Belanda, iaitu selderij.
3. Penawar untuk penyakit darah tinggi dengan dijadikan minuman harian.
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca:Cara Tanam RUMPUT Sendiri Di Laman Rumah, Panduan Buat ‘Beginner’
Baca Lagi Di Sini:3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
Artikel Menarik:Pokok Hiasan Yang Mudah Ditanam & Dijaga, Tak Payah Hari-hari Nak Kena ‘Belai’
Sumber: Zaid Azizy Yaakob.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.