Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak aib figura awam yang disebarkan menerusi media sosial oleh sesetengah pihak yang seakan mempunyai agenda tersendiri. Lebih menakutkan lagi apabila mereka tidak teragak-agak untuk mengorek kembali masa silam dan menyebarkannya kepada umum.
Masalah ini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita kerana wujudnya individu yang penuh dengan perasaan dengki dan ingin menjatuhkan orang lain.
Cuma, sekiranya berlaku perkara ini ke atas diri korang, agak-agaknya apa yang patut korang lakukan?
Remaja berkesempatan untuk bertemu dengan Pencetus Ummah (PU) Amin dan bertanyakan tentang kemusykilan ini.
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Rahsia Murah Rezeki Perkongsian PU Amin, Salahnya Satu Bagi Kucing Makan – REMAJA
Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim a.k.a PU Amin.
“Sekiranya ada sesuatu yang memang diluar jangkaan soal aib kita atau maruah kita yang dibongkarkan oleh orang lain tetapi kita sudah berusaha untuk memadamkan, menghilangkan atau memelihara diri kita selepas daripada itu.
Pertama sekali, banyakkanlah beristighfar kepada Allah dan amalkan ayat ini;”
Rabbighfirli warhamni watub alayya
Ya Allah ya Tuhanku. Ampun kan aku. Muliakan aku dan terima taubat aku.
“Tiga perkara dalam ayat ini akan melemahkan niat atau hasad dengki orang yang cuba untuk membongkarkan kesilapan kita, insyaAllah dan bertawakal lah kepada Allah,” ulas PU Amin.
Korang juga boleh amalkan ayat ini dalam kehidupan seharian supaya dijauhi daripada manusia yang berhasrat dengki.
Wallahualam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.