Gaya Fazura & Fatima Undang Pujian, Cantik Sedondon Serba Ungu!

Alahai tak berkelip mata memandang, gaya Fazura & Fatima betul-betul undang pujian, cantik sedondon ibu dan anak dalam busana kurung serba ungu!

Bahagianya melihat keluarga kecil Faz sempena majlis #SilaturrahimRayaFAZURA 2024 yang berlangsung baru-baru ini. Berkonsepkan rumah terbuka, majlis yang berlangsung di The Starhill Dining, Kuala Lumpur itu kelihatan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat usahawan tersebut.

Bersempena sambutan Hari Raya, Fazura yang baru selesai menjayakan drama ‘Lelaki Itu’ mengambil peluang beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Antara yang diraikan, ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara serta sahabat handai mereka.

Instagram @missfazura

 

Instagram @missfazura

 

Instagram @missfazura

 

Instagram @missfazura

 

GAYA FAZURA & FATIMA

Memilih warna tema ungu, Fazura, Fattah Amin dan Fatima berbusana sedondon meraikan tetamu yang hadir. Paling menarik perhatian, pastilah penampilan Fazura yang tak pernah kalah dalam bergaya.

Pada usia 40 tahun, Fazura masih bijak memilih gaya yang sesuai dengan kejelitaannya. Hijab yang dipakai terletak kemas hasil sentuhan hijab stylist Syira Atiqah, manakala wajahnya dirias manis oleh MUA Rozlan Nasir.

Instagram @missfazura

 

Instagram @missfazura

 

Instagram @missfazura

 

Instagram @missfazura

 

Tak lengkap kebahagiaan si ibu tanpa anak kesayangan. Berusia 4 tahun, wajah comel Nur Fatima Aisya saling tak tumpah seperti ibu tercinta. Pandai bergaya dan mesra kamera, gaya Fazura dan Fatima undang pujian warga maya!

Dalam perkongsian Fazura, wanita yang juga pengasas empayar Fazbulous, Fazura Beauty, Fazura Skincare dan Tudung Fazura itu sempat menitipkan jutaan penghargaan.

“Terima kasih buat semua tetamu yang kami kasihi atas kesudian untuk hadir ke majlis #SilaturrahimRayaFAZURA 2024.

Semoga silaturrahim yang terjalin sentiasa dipelihara, dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Andai ada kekurangan dari pihak kami, harap diampunkan,” tulis Fazura yang terkenal dengan sifat merendah diri.

Jadi pujian peminat, sememangnya gaya Fazura & Fatima yang berbaju sedondon serba ungu ini mencetus inspirasi buat hijabi ibu dan anak. Manis dan sopan kan!

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/menjauh-dari-hiruk-pikuk-dunia-fazura-kini-fokus-gapai-ketenangan-dengan-hargai-diri-sendiri/


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply