Kondisi Ekzema Anak Teruk, Ibu Kongsikan Petua Untuk Legakan Gatal

Ekzema merupakan satu kondisi kulit yang teruk hingga boleh membuatkan seseorang tidak selesa. Kulit pesakit ekzema boleh sampai ke tahap yang gatal hingga boleh menyebabkan luka.

Ramai orang ingat ekzema itu boleh hilang tetapi tidak. Ia hanya boleh dikurangkan. Jika terdedah kepada benda yang “trigger” seperti debu, habuk dan bahan kimia maka ekzema akan datang semula.

Melalui perkongsian ibu ini, anaknya menghidap ekzema yang sangat teruk dan telah kongsi cara mudah untuk legakan keradangan dan kegatalan.

KURANGKAN KEGATALAN EKZEMA

BAHAN DIPERLUKAN
Oatmeal bukan sahaja bagus untuk dimakan malas mandian oatmeal sangatlah bagus. Sebab itu banyak gel mandian yang diperbuat daripada oatmeal.

Oatmeal bagus dan berkesan dalam melegakan kegatalan dan keradangan ekzema. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1.ROLLED OATS

Sebaiknya gunakan Organic Rolled Oats. Rolled oat tak boleh dimakan oleh pesakit ekzema. Hal ini kerana usus akan terbeban dengan gluten yang terkandung dalam oat. Hanya boleh digunakan untuk luaran sahaja bagi pesakit ekzema.

Disarankan untuk guna rolled oat yang tiada campuran bahan lain. Elakkan guna minuman atau makanan oatmeal 3 in 1 yang ada susu dan gula.

2.STOKIN BERSIH

Pilih sarung kaki yang bersih atau boleh juga gunakan “organza bag” yang digunakan untuk letak telur door gift pengantin tu.

 

3.AIR SUAM

Elakkan guna air panas sama sekali. Kulit yang terdedah dengan ekzema tidak sesuai dengan air panas. Ia akan mengeringkan lagi kulit dan menerukkan lagi kegatalan sehingga boleh menyebabkan luka.

4.BATH TUB/BESEN BESAR

Gunakan besen besar yang bersih sebagai tempat mandi. Kalau ada tub mandian lagi bagus.

CARA-CARANYA:

1.Ambil segenggam rolled oat dan masukkan dalam stocking.

2.Rendamkan stokin tadi dalam 3 hingga 5 minit di dalam besen besar atau tub mandian  sampai air berubah warna putih susu.

3.Kemudian rendam badan selama beberapa minit atau boleh siram badan dengan air rendaman oatmeal tadi.

4.Picit-picit stokin untuk keluarkan lendir oat. Lendir oat ini boleh disapu pada bahagian yang sedang gatal dan merah keradangan. Buat dengan lembut, jangan kasar.

5.Selepas itu, biarkan ia kering di badan dan tak perlu bilas.

Selamat mencuba dan semoga cepat sembuh!

MESTI BACA: Bulu Mata Lebat Macam Pakistan, Boleh Cuba Petua Ini

Petua Orang Jepun, Nak Bagi Kulit Putih & Anti Penuaan, Guna 4 Bahan Aje.

Masak Lemak Telur, Ini Petua Supaya Telur Cantik, Elok, Tak Pecah

SUMBER: Facebook Harlinda Halim

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Resepi Pulut Mangga Lemak Macam Di Hatyai, Jom Cuba Buat Sendiri

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply