Buat Sendiri Krim Pandan, Boleh Sapu Pada Roti & Kek Tebal-Tebal

Mesti ramai peminat roti krim, tambah pula yang ada taburan gula. Rasa manis, lemak berkrim memang sedap.

Sebenarnya sapuan krim pada roti dan kek ini juga boleh kita buat sendiri. Lagi layan sebab boleh sapu tebal-tebal. Selain krim biasa, boleh juga jika nak buat perisa lain seperti pandan.

Caranya mudah sangat dan hanya perlukan empat bahan saja. Boleh ikut resipi yang dikongsi  Puan Eja Derol ini;

Bahan-bahan:

100gm gula halus (boleh kisar gula kasar )
250gm majerin pelangi
Sedikit perwarna hijau
Sedikit emulco pandan

Cara membuat:

1. Putar gula dan marjerin sampai gebu putih.

2. Selepas itu letak emulco dan perwarna, putar seketika lagi supaya sebati. Siap! boleh sapu pada roti atau kek.

 

Info

  • Simpan krim ini dalam bekas, jika diletak pada suhu bilik boleh tahan antara 3-4 hari tapi jika diletakkan dalam peti ais boleh tahan 2-3 minggu.
  • Sekiranya tak gemar rasa krim yang ‘berpasir” boleh guna air gula yang pekat. Letak sedikit esen rose akan dapat rasa butter krim dulu-dulu.

 

 

Selamat Mencuba!

Sumber:Eja Derol

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply