Bayi umur bawah 6 bulan jangan diberi air masak, boleh mendatangkan bahaya. Zaman dahulu, mak-mak kita, elok saja bagi anak-anak air masak. Tapi kenapa zaman sekarang tak boleh? Soalan ini bukannya baru tapi sudah lama menjadi persoalan ibu bapa muda.
Bagi menjelaskan keadaan ini, Dr Redza Zainol berkongsi sebab-sebab perlu dielakkan dulu beri bayi 6 bulan ke bawah air masak.
Artikel lain: Ajar Anak Minum Air Masak Dari Cawan Seawal Mula Makan, Tapi Jangan Lebih 4oz Sehari!
Bayi Umur Bawah 6 Bulan Jangan Diberi Air Masak
Selalu juga ibu muda tanya soalan ni. “Boleh ke saya bagi anak saya air masak?” Katanya cuaca panas, nanti anak jadi dahaga.
1) Kita cuma galakkan susu ibu dan susu formula untuk bayi umur bawah 6 bulan.
2) Air masak atau apa-apa jenis minuman lain dikira tidak memberi khasiat pada bayi umur bawah 6 bulan.
Boleh Mendatangkan Bahaya
3) Bayi bawah 6 bulan yang minum air masak secara kerap, boleh mengalami:
– muka bengkak
– suhu badan yang rendah (bawah 36.5°C)
– letih tak bermaya
– tidak mahu menyusu
– paling serius, hingga boleh menyebabkan sawan.
Lagi artikel: Bahaya Kalau Bayi Terlebih Minum Air Masak! Kenali Simptom Bayi Mabuk Air
4) Keadaan ini dinamakan sebagai Water Intoxication.
5) Jika beri air masak:
– Tidak mengandungi sebarang kalori untuk mengisi perut bayi.
Secara purata, berat bayi bertambah 25 gram setiap hari. Kalau asyik bagi air masak yang tiada kalori, boleh jadi berat bayi menurun.
– Buah pinggang bayi masih belum matang sepenuhnya dan tidak mampu nak proses cecair dan garam yang terlalu banyak dalam badan.
– Bayi kita itu jadi tidak berminat nak minum susu sebab perutnya sudah penuh.
6) Bila boleh beri air masak pada bayi?
Selepas anak mula diberi makan, barulah boleh beri air masak pada bayi.
7) Jumlah air masak yang boleh diberi:
– Umur 6-12 bulan = ½ – 1 cawan sehari
– Umur 12-24 bulan = 1-4 cawan sehari
– 2 – 5 tahun = 1-5 cawan air masak sehari
Sebarkan info penting ini pada kawan-kawan. Biar lagi ramai mak ayah yang tahu dan jadi lebih peka tentang kesihatan anak.
Sumber: Dr Redza Zainol
Baca lagi: Gara-Gara Air Masak, Saya Hampir Kehilangan Anak Baru Lahir Hingga Kini Trauma!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.