Unik dan luar biasa, Sebuah bas yang dimiliki oleh syarikat pengakutan Al Munir Super International Limousine Plus, di mana sebuah kenderaan yang menggabungkan bas, limousin, dan hotel mewah menjadi struktur bas tiga tingkat yang bergerak.
Bas ini bergerak antara ibu kota di Pakistan, menyediakan pengalaman perjalanan yang unik dan luar biasa.
Ruang bagasi di tingkat bawah bas Al Munir telah diubahsuai menjadi sebuah ruang tempat duduk yang mewah. Bas ini juga memiliki beberapa pintu kereta yang berfungsi sepenuhnya dan setiap satu membawa ke ruangan peribadi yang sama seperti sebuah limousin.
Bilik-bilik ini dilengkapi dengan katil, televisyen, peti sejuk, dan ciri-ciri keselesaan yang lain dan menawarkan penumpang ruang peribadi yang selesa untuk perjalanan mereka.
Bas ini juga mempunyai dua tingkat tambahan di bahagian atas yang disertakan dengan tempat tidur tetapi lebih terbuka berbanding ruangan di bahagian bawah bas.
Menariknya, bas ini dihiasi dengan penjenamaan Ferrari, yang menimbulkan pertanyaan tentang sama ada ianya kerjasama rasmi atau jika ia hanya pilihan estetika oleh pengendali bas.
Al Munir Super International Limousine Plus menonjol sebagai bukti kreativiti manusia dan usaha mencari kemewahan dalam perjalanan. Mungkin di negara kita ubahsuai seperti ini mungkin mengambil kira pelbagai faktor keselamatan penumpang namun tidak mustahil ianya bakal menarik perhatian pengguna bas jika ingin pulang ke kampung terutamnya perjalanan pulang behari raya yang mengambil masa berbelas jam.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.