Beli Di ‘Bundle’ Tapi Stail Nampak Mewah Ala Berjenama! Jom Ikut 6 Trik Fesyen Mudah Ini

Tidak semua barangan murah seperti ‘bundle’ kelihatan buruk apabila dipakai, dan tidak semua barangan mahal nampak mewah apabila disarungkan! Semuanya tentang penggayaan stail yang bijak serta padanan stail yang sempurna!

Apa yang anda perlu perbetulkan ialah jika anda bijak mengenakan padangan aksesori, baju, kasut, seluar dan juga aspek yang lain, pastinya keseluruhan penampilan akan nampak mahal. Biar bijak berbelanja dan bergaya. Usah jadi hamba jenama dan status semata-mata.

Hijabista akan kongsikan kepada anda trik untuk menjadikan keseluruhan gaya anda tampak mewah biarpun hanya dari barangan ‘bundle’!

1. Permainan rona hitam!
Simbol sofistikasi, ‘bold’ dan elegan. Semuanya hanya dengan persalinan warna hitam. Jadi, usah buntu untuk menghasilkan stail yang menarik.

Beli sahaja rekaan pakaian dari atas sehingga bawah dalam rona hitam contohnya kemeja, t-shirt, celana mahupun aksesori, pastikan rona hitam menyerlahkan sisi mewah anda!

2. Kuasa sehelai jaket!
Tidak kira rekaan potongan yang sedikit ‘oversized’ mahupun ‘slim fit’,  jaket boleh menjadikan stail anda lebih mewah dan ‘on-point’! Apa yang penting, pastikan jaket tidak terlalu sarat dengan perincian butiran dan juga tidak keterlaluan dari segi coraknya.

Lebih molek jika mengenakan jaket denim atau formal jaket yang memberikan gaya kasual formal yang berkualiti. Mainkan dengan permainan warna yang kelam hingga warna-warni. Contohnya, jika anda menyarungkn sehelai t-shirt kosong berwarna putih dan dipadankan dengan jeans biru, gayakan dengan rekaan jaket denim yang mempunyai corak atau motif yang sedikit. ‘Less is more’!

3. Aksesori keemasan!
Untuk tidak nampak bosan dalam stail anda, padankan aksesori yang keemasan!

Daripada anting-anting, rantai, subang mahupun jam tangan, ia mampu menjadikan helaian yang dibeli dari ‘bundle’ tampak mewah dan glamor!

4. Saiz mengikut tubuh badan
Saiz yang salah boleh menyebabkan keseluruhan stail tampak ‘murah’ dan tidak ‘bold’. Jika mahu hasilkan gaya ‘oversized’, pastikan kemeja yang dibeli itu kemas dan sesuai untuk digayakan sebagai helaian ‘overzied’.

Tetapi, bagi yang bersaiz besar usah beli yang terlalu kecil dari tubuh anda. Pastikan anda memilih rekaan yang menggunakan rona gelap atau paten menegak untuk tampak kurus dan mewah!

5. Gosok dahulu sebelum pakai
Baju yang kemas digosok dengan rapi secara tidak langsung menjadikan keseluruhan gaya anda mewah.

Bukan itu sahaja, ia juga seperti simbol personaliti anda yang sukakan kepada kekemasan dan kebersihan dalam setiap aspek. Malulah kalau kaum Hawa tidak rajin menggosok baju!

6. Kurangkan penggunaan logo
Cuba elakkan membeli rekaan yang mempunyai banyak logo. Konsep ‘pasar malam’ amat terserlah apabila sesebuah rekaan itu memiliki banyak logo.

Nampak murah dan tidak eksklusif. Lebih baik sarungkan saja rekaan yang kosong dalam stail anda!

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply