Nak cari hartanah baru ikut selera bukannya mudah, tapi akhirnya Nona jumpa rumah impian berkonsepkan ala Jepun di Subang Jaya, lokasi sangat strategik dan layout pun luas sesuai untuk yang berkeluarga.
Beli rumah ni ibarat membeli aset yang nilainya meningkat setiap tahun. Rumah yang baik seharusnya ada value daripada pelbagai sudut, umpamanya projek kondominium servis Residensi Amika yang terletak di Subang Jaya.
Bayangkan rumah impian ala Jepun, dikelilingi kehijauan, kolam ikan dan suasana nyaman… nak ke mana-mana pun senang kerana lokasinya yang strategik di bandar raya, ah tentu sekali menyeronokkan.
Berlokasi di Subang Jaya, Residensi Amika merupakan projek terbaharu oleh pemaju hartanah Avaland Berhad yang dilancarkan pada tahun 2024.
Dibina di kawasan tanah seluas 3.51 ekar, kondominium servis dalam kejiranan elit di Subang Jaya ini juga menawarkan akses mudah melalui Lebuhraya Persekutuan serta pelbagai jaringan lebuh raya utama di Lembah Klang.
Kondominium Servis Residensi Amika
Kondominium Servis Residensi Amika
KONSEP JEPUN
Amika dalam bahasa Jepun membawa makna intipati kecantikan dan keseronokan. Ia menghamparkan konsep kediaman yang indah untuk didiami. Di sini, terdapat 3 jenis unit rumah yang ditawarkan dengan kesemuanya menyepadukan inisiatif hijau dan mesra alam:
- Type A – 883kps (2+1R/2B)
- Type B – 1,075kps (3R/2B)
- Type C – 1,227kps (3+1R/2B)
Rumah tradisional Jepun mempunyai ruang yang banyak dan dipisahkan oleh panel sliding yang bertindak sebagai pintu atau dinding. Seiring peredaran masa, ruang-ruang dinamik ini boleh diatur semula oleh penghuninya menjadi lebih besar.
Residensi Amika mengambil inspirasi rumah tradisional Jepun ini melalui fungsi hackable wall atau dinding yang mudah dipecahkan agar penghuni boleh mengubah suai mana-mana layout ruang yang diingini mengikut keperluan.
Contohnya kamar tidur yang tidak digunakan, boleh ditransformasi menjadi ruang belajar atau menonton TV yang luas. Versatil, bukan?
Tonton video Bling Bling Raya ni yang dirakamkan secara eksklusif di unit pameran Residensi Amika, serius cantik!
Berasaskan Japanese Inspired Development, pemilik rumah juga ditawarkan pelbagai fasiliti Jepun seperti origami play, pilates garden dan sebagainya.
Memang cantik landskap di Azuma (East Garden) dan Nishi (West Garden) – setiap satunya dilengkapi kemudahan tersendiri dengan tarikan landskap ala-ala di Negara Matahari Terbit.
RUMAH IMPIAN SUBANG JAYA
Selain jumpa rumah impian berkonsepkan ala Jepun di Subang Jaya, siap lokasi strategik mudah nak bergerak ke mana saja, Residensi Amika juga menghidangkan konsep kehidupan yang lengkap dalam satu tempat.
Sama ada untuk bekerja, belajar mahupun melakukan aktiviti rekreasi, setiap ruang direka bagi memupuk komuniti sihat dalam persekitaran mampan.
Di sini terdapat pelbagai jenis kediaman, kawasan perniagaan, destinasi membeli-belah, sekolah antarabangsa dan Central Park yang menghijau. Semua ini terletak berdekatan antara satu sama lain untuk dinikmati oleh anda seisi keluarga.
Di sekitar lokasi riadah Central Park, anda dapat melakukan pelbagai aktiviti outdoor untuk kesejahteraan fizikal dan mental. Sambil menghirup udara segar, kehijauan alam mampu meredakan stres, merehatkan minda dan meningkatkan kualiti hidup dengan sempurna.
Justeru, Residensi Amika sememangnya pilihan rumah impian ala Jepun paling bernilai untuk dimiliki, sama ada untuk dihuni sendiri atau dijadikan aset masa depan.
Miliki unit rumah Residensi Amika dengan berkunjung ke unit pameran Avaland Berhad atau layari website https://amikaresidences.my/. Ketahui pelbagai maklumat terbaru termasuk pakej istimewa untuk Bumiputera!
UNIT PAMERAN:
Avaland Gallery @ Taipan, USJ
No 57, Jalan USJ 10/1G
47610 UEP Subang Jaya
Selangor
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/video/butik-termewah-dunia-cecah-rm2-5j-haliza-maysuri-antara-pemborong-swarovski-terbesar-di-dunia/
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.