Teknik Goreng Ayam Sedap & Rangup Guna Airfryer, Tanpa Guna Minyak Setitik Pun

Lauk ayam goreng memang hampir setiap hari ada atas meja. Tapi bagi yang mengamalkan pemakanan sihat atau mahu jimatkan minyak, ramai yang memilih goreng menggunakan airfryer.

Walaupun begitu tetap juga menggunakan sedikit minyak supaya hasil ayam goreng sedap. Namun sebenarnya ada cara menggunakan air fryer untuk menggoreng ayam tanpa menggunakan setitik pun minyak. Dikongsi Tsu Feh Sufiah kaedah ini juga menghasilkan ayam goreng yang sedap dan rangup.

Cara goreng ayam sedap & rangup tak guna setitik minyak pun 

 

Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Cuba tengok hasil ni!  Misi goreng ayam tanpa minyak berjaya. Ayam goreng sedap dan rangup. Nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam. 

Caranya senang saja;

1. Basuh bersih ayam

2. Lumurkan ayam dengan ;
– Bawang putih (tumbuk lumat)
– Sedikit halia (tumbuk lumat)
– Sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
– Sedikit kunyit serbuk & garam

3. Gaul sebati.

4. Masukkan dalam bakul air fryer , suhu 180 darjah. Masa 15 minit.
Notak: Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.

 

5. Siap.

Selamat mencuba.

Sumber: Tsu Feh Sufiah

 

Comments

Leave a Reply