Rumahku, syurgaku!
Semua orang pastinya ingin mencipta rumah yang selesa, tenang dan menyegarkan. Daripada pelbagai idea hiasan, anda tidak mungkin salah apabila memilih warna hijau sebagai pilihan utama.
Selain itu, dalam psikologi warna, hijau bermaksud pertumbuhan, kesuburan, kesihatan dan kemurahan hati. Menariknya, walaupun ia bukan warna palet neutral, namun ia masih mudah digabungkan dengan warna lain.
-
Warna hijau axolotyl dengan chinese white
Sumber: 101residential.com.au
Axolotyl green menyerupai hijau gelap, tetapi lebih ringan dan lembut dalam penampilan. Anda boleh menggunakan warna ini di dinding rumah ditambah chinese white di siling atau perabot.
Untuk menjadikan bilik berasa lebih selesa, tambahkan sentuhan warna krim pada beberapa kelengkapan rumah seperti perabot.
2. Hijau sage bersama warna putih
Sumber: habitatbyresene.co.nz
Jika anda ingin mencipta reka bentuk ruang tamu ala Korea, anda tidak perlu selalu menggunakan warna neutral.
Anda sebenarnya boleh menggabungkan warna hijau dengan putih di ruang tamu. Kemudian, tambahkan beberapa berwarna krim untuk menambah kesan minimalis.
3.Hijau tua dengan putih dan kuning
Sumber: m.leroymerlin.pl
Jika anda ingin mencipta suasana ceria di rumah, gabungkan hijau gelap dengan putih, dan tambahkan aksen kekuningan.
Anda boleh menggunakan cat hijau gelap pada satu sisi dinding bilik dan biarkan sebelah lagi putih. Kemudian, tambahkan hiasan kuning, seperti kusyen sofa, meja konsol dan lampu hiasan.
4.Seafoam green dengan pastel pink
Sumber: contemporist.com
Kombinasi warna ini terlihat sangat manis dan fresh, bukan? Untuk itu, kamu bisa menggabungkan warna pink pastel pada dinding serta perabot, seperti bangku, bantal sofa, dan meja.
Di samping itu, anda juga boleh buat ruangan terlihat lebih indah dengan tambahan tanaman kaktus berserta lampu hias. Anda juga boleh menggunakan sofa hijau sebagai focal point dalam ruangan tau!
kredit: ruparupa.com
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.