Francesco Bagnaia menang selepas pertarungan sengit yang mendebarkan peminat MotoGP dengan Marc Marquez pada perlumbaan di litar Jerez, Sepanyol pada hari Ahad.
Kemenangan kedua Bagnaia pada tahun ini semakin manis apabila pemimpin utama, Jorge Martin, terperosok keluar daripada perlumbaan semasa ditekan oleh juara bertahan pada separuh perlumbaan.
Kesilapan besar pertama Martin pada musim ini berlaku apabila beliau tergelincir di bahagian hadapan semasa membrek bagi memasuki selekoh 6. Kejadian itu memberikan Bagnaia kelebihan satu saat berbanding Marco Bezzecchi dan Marc Marquez.
Pertarungan Di Litar Jerez
Marquez berjaya melepasi Bagnaia dua kali di selekoh 9, namun segera diambil semula oleh #1 itu secara fizikal pada satu ketika, meninggalkan kesan tayar pada sut Marquez. Hal itu disudahi apabila bintang Ducati kilang itu berjaya tamat di tempat kedua dengan hanya 0.372 saat.
Walau bagaimanapun, Marquez tersenyum lebar selepas meraih podium grand prix pertamanya sebagai atlet Gresini. Selain itu, Bezzecchi turut berpuas hati dapat menukar permulaan musim yang sukar dengan P3.
Penunggang rookie Pedro Acosta, kedua dalam Sprint, mengalami kemalangan besar semasa ‘warm up lap’ dan terpaksa bermula dari P17 pada permulaan grand prix. Remaja itu berjaya menaiki tangga kesepuluh pada akhir perlumbaan.
Fabio Quartararo, yang melonjak dari tempat ke-23 ke tempat ke-3 pada Sabtu, hanya mampu menduduki tempat ke-15, dengan rakan sepasukan Alex Rins raih tempat ke-13.
Kesudahannya..
Ujian rasmi selepas perlumbaan akan diadakan di Jerez, Sepanyol pada Isnin. Juara perlumbaan MotoGP sebanyak 31 kali, Pedrosa menjadi tumpuan ketiga penunggang wilcard pada hujung minggu itu, bersama dengan Stefan Bradl dari Honda dan Lorenzo Savadori dari Aprilia. Ketiga-tiga mereka menguji beberapa bahagian baharu.
Peraturan tekanan tayar yang telah dipinda untuk tahun 2024 bermaksud pembalap kini perlu mematuhi tekanan minimum hadapan yang lebih rendah sebanyak 1.8 bar (berbanding 1.88 sebelum ini) untuk 60% (berbanding 50%) daripada jarak Grand Prix, atau 30% daripada Sprint.
Hukuman bagi gagal memenuhi minimum ini dalam Grand Prix adalah penalti masa 16 saat selepas perlumbaan, atau hukuman 8 saat bagi Sprint/perlumbaan pendek. Sabtu lalu, lima penunggang dikenakan hukuman tersebut.
Kredit – Crash.net
Baca: Maverick ‘Batmav’ Viñales Muncul Juara di Americas MotoGP™
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.