Cermin kereta adalah salah satu komponen kereta yang boleh dianggap ‘keras’ dari segi harga, sebabnya kalau kita tidak dilindungi oleh insurans cermin, kita kena siap duit dalam RM500-RM800 untuk menukar cermin kereta yang pecah.
Namun, jika cermin kereta pecah sebab terkena batu yang terpelanting dari orang mesin rumput lain pula ceritanya. Kejadian cermin kereta pecah disebabkan oleh pekerja kolar biru yang bekerja di tempat awam kebiasaannya dilakukan secara tidak sengaja. Melainkan ada rakaman atau saksi yang menunjukkan sebaliknya.
Jadi, apa yang sepatutnya kita lakukan jika perkara ini berlaku kepada kereta kita? Satu petua telah dikongsikan oleh laman Jumpa Kat Mahkamah menerusi Facebook mereka sebelum ini.
Jangan Panik! Insurans Kan Ada..
Langkah pertama yang perlu dibuat adalah, jangan panik. Berhenti di tepi jalan, ambil gambar kejadian tersebut, dan berjumpa dengan pekerja tersebut. Jangan marah, tengking mereka kerana ia akan lebih mengeruhkan keadaan, kawal emosi dan buat tindakan yang waras.
Dalam pada itu, setiap kerja pemotongan rumput di kawasan awam, tepi jalan sebenarnya telah diinsuranskan oleh syarikat kontraktor, jadi kita perlu mendapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor pekerja tersebut terlebih dahulu untuk proses tuntutan.
Perkara ini telah diwajibkan pihak berkuasa tempatan bagi mana-mana syarikat yang ingin mendapatkan kontrak pemotongan rumput mesti mempunyai insurans untuk melindungi diri pekerja mereka jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Sebelum melaksanakan kerja pemotongan rumput, syarikat tersebut perlu mengemukakan cover note insurans kepada pihak berkuasa tempatan sebagai bukti bahawa mereka dilindungi oleh insurans jika berlaku kemalangan.
Dapatkan Butiran Penting
Selepas mendapatkan nama syarikat, semak dengan syarikat tersebut di mana bengkel panel insurans mereka.
Seterusnya, buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin yang baru.
Laporan polis perlu menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, serta nama jalan dan kawasan di mana kejadian berlaku.
Jadi, jika berdepan dengan situasi seperti ini, keka tenang dan jangan marah. Berhenti di tepi, ambil gambar, dan berbincang dengan pekerja tersebut untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Perkara paling utama adalah untuk memastikan keselamatan diri dan orang sekeliling anda selamat.
Kredit- Siakap Keli
Baca: Lapan Perlumbaan Motorsport Paling Berbahaya Di Dunia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.