Gemar Gayakan Persalinan Rona Putih, Tapi Kurang Keyakinan? Cuba Terapkan 3 Tips ‘Mudah’ Ini!

Warna putih melambangkan kesucian dan ia adalah warna achromatik yang bertentangan dengan rona hitam. Namun, ramai juga dikalangan kaum wanita yang mahu menggayakan warna yang melembangkan kebersihan ini, tetapi takut atau tidak mahu menyesakkan kepala kerana warna ini agak renyanh untuk dijaga kesuciannya itu.

Maka, begitu banyak alasan yang diberikan ramai wanita demi mengelak untuk menyarung helaian rona putih dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Namun, dek kerana rona putih ini terlalu istimewa ia masih menjadi pilihan untuk dipakai pada acara tertentu seperti majlis akad nikah.

Selain itu, ada jua persoalan yang sering kali membelenggu fikiran. Adakah penampilan bakal terlihat seperti jururawat atau tampil terlalu rasmi. Ikut beberapa tip yang admin kongsi ini mampu mengubah persepsi anda terhadap tona putih di luar sana.

[1] ‘Don’t Go Oversized’

Apabila menyarungkan helaian berona putih, usahakan untuk tidak memilih ukuran blaus yang terlalu dampak. Meskipun tidak begitu molek mengenakan pakaian ang ketat, tetapi jika ia sendat sekurang-kurangnya, ia tidak menampakkan bayangan tubuh anda.

[2] Selektif Perincian

Perincian pada busana dengan rona warna ini akan mengelakkan gaya anda menjadi terlalu monotone. Kemasan seperti lipatan, ‘frill’ atau ’embellishment’ pada bahagian baju atau seluar boleh menjadi pilihan. Tapi terlalu banyak perincian atau kemasan juga akan membuatkan tubuh menjadi ‘bulky’. Maka, pilihlah apa yang ideal sebagai perhiasan tambahan yang bersesuaian sebagai pelengkap gayamu.

Menyarungkan busana serba putih boleh diserasikan bersama aksesori yang senada. Tidak perlu memilih aksesori berwarna putih, sebaliknya gayakannya segandingan kalung kristal atau aksesori berwarna perak sebagai alternatif padu padan yang ideal.

[3] Solekan Tepat

Warna putih yang neutral membuatkan anda bebas bereksperimen dengan apa jua jenis solekan. Namun, agar hasilnya tetap ‘subtle’. Pastikan solekan tidak menjadi lebih dominan daripada busana. Sebagai langkah selamat pilihlah warna pastel pada bahagian kelopak mata dan bibir anda.

Macam mana? Sekarang sudah tau cara terbaik untuk menggayakan pakaian dan outfit dari rona warna putih kan. Tak perlu gusar lagi, hanya perlu ikuti tiga tips mudah diatas. Rona putih boleh digayakan deng penuh keyakinan!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply