Ibu Hamil Gatal-Gatal Faraj & Ada ‘Keputihan’, Mungkin Jangkitan Fungal. Kena Rawat Segera!

Sesetengah wanita mengandung mungkin akan merasa gatal-gatal pada kemaluan, ia sering berlaku. Ada juga wanita hamil yang mempunyai masalah lendir atau keputihan yang lebih dari sebelum hamil. Keadaan ini mungkin disebabkan ibu hamil tersebut dijangkiti fungal.

Apakah itu jangkitan fungal dan adakah ia sesuatu yang serius? Dr Zubaidi Hj Ahmad ada berkongsi tentang hal ini di laman Facebooknya.

JANGKITAN FUNGAL KETIKA HAMIL

Kegatalan pada kemaluan bermakna rasa tidak selesa, rasa mahu digaru dan adakalanya pedih di bahagian kemaluan luar (labia majora dan minora). Selain itu terdapat juga lendiran dari faraj yang berwarna putih, seperti susu basi. Adakalanya mendatangkan ketidakselesaan ketika melakukan jima’ dan rasa pedih dan terbakar ketika kencing.

Namun begitu jangkitan fungal pada kemaluan ketika hamil mendatangkan kerisauan kepada ibu yang hamil dari aspek keselamatan ubat yang digunakan dan keselamatan bayi yang dikandungkan.

“Salam doktor…saya sedang hamil 28 minggu. Saya menghadapi masalah keputihan dan apabila kering berwarna kekuningan dan berbau. Sebelum ini saya telah mengambil ubat yang dimasukkan ke dalam faraj ketika kandungan berusia 3-4 bulan. Apa yang perlu dilakukan?”

Jangkitan fungal (yeast infections) juga dikenali sebagai monilial vaginitis atau vaginal candidiasis, disebabkan oleh fungal Candida albicans. Memang terdapat beberapa fungal secara semulajadi di faraj, tetapi jika ia membiak dengan banyak dan dalam kadar yang laju ianya akan mendatangkan masalah.

Sumber foto: www.freepik.com

Ketika hamil, hormone estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen, menyebabkan fungal senang membiak. Estrogen juga akan menyebabkan fungal lebih senang melekat di dinding faraj.

Kadang kala wanita hamil suka melakukan douching, iaitu memasukkan air berubat (atau herba) ke dalam faraj ketika mandi. Ini akan membunuh kuman dan fungal yang baik, dan menyebabkan bacteria dan fungal yang merosakkan bertambah banyak. Pengambilan antibiotic tanpa kawalan tanpa nasihat doctor juga menyebabkan masalah yang sama, terutama jika diambil dalam jangka waktu yang lama.

“Bolehkah saya mendapatkan rawatan fungal itu dari farmasi. Saya lihat banyak krim yang dijual di sana..”

Walaupun ubat fungal banyak didapati di farmasi, pastikan anda berjumpa dengan ahli farmasi. Masalahnya pembantu farmasi yang berada di kaunter kadang kala tidak ada pengetahuan mengenai penyakit dan ubat.

Sumber foto: www.freepik.com

Berjumpalah dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dijalankan untuk memastikan ianya benar-benar jangkitan fungal. Jangan cuba merawat diri sendiri. Kemungkinan kegatalan yang disangkakan sebagai fungal itu sebenarnya disebabkan oleh penyakit lain, seperti jangkitan kuman bakteria.

Baca Juga:

“Never Use Word MANDUL.” Belum Hamil Lepas Kahwin Lama, Jumpa Doktor Untuk Tahu Masalah

Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!

Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!

“Betul ke doktor ubat yang disumbatkan dalam faraj itu tak merbahaya?”

Bagi wanita yang hamil, saya selalu memberikan preskripsi suppository yang dimasukkan ke dalam faraj. Ianya lebih selamat digunakan ketika hamil berbanding dengan ubat tablet yang perlu ditelan, kerana ianya boleh membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan. Ianya haruslah dimasukkan ke dalam faraj setiap hari selama seminggu berturut-turut pada waktu tidur.

Krim sapu juga boleh digunakan pada kulit kemaluan di sebelah luar, terutama jika kulit menjadi kemerah-merahan akibat jangkitan fungal yang semakin merebak.

“Tapi saya pernah mencuba suppository tu. Namun ianya berulang..”

Masalah jangkitan fungal yang berulang, bukanlah disebabkan oleh ubat yang tidak bagus. Ianya akan sentiasa berulang-ulang dan wanita itu haruslah menjaga kebersihan diri dengan lebih kerap. Ramai wanita yang tidak sabar dalam rawatan. Selepas beberapa hari, kegatalan semakin berkurang, selalunya pesakit sudah berhenti dari meneruskan rawatan. Akibatnya fungal itu akan membiak semula. Rawatan itu memerlukan beberapa hari sebelum ianya memberikan kesan.

Sumber foto: www.freepik.com

Buat sementara jika terlalu gatal, boleh tuamkan dengan ice pack atau rendam dalam besen yang mengandungi air sejuk selama sepuluh minit. Membasuh kemaluan luar dengan air (tanpa sabun) juga akan mengurangkan kegatalan pada kemaluan.

”Doktor, boleh tak jangkitan fungal menjangkiti anak saya?”

Jangkitan fungal tidak akan memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Namun jika terdapat jangkitan fungal pada kemaluan ibu ketika proses kelahiran, kemungkinan anak yang dilahirkan juga mengalami jangkitan fungal yang sama.

Bayi akan mendapat thrush iaitu keputihan pada sebelah dalam mulut dan lelangit dan kadang kala di lidah. Ianya tidak serius dan boleh dirawat. (Tapi perlu diingat bayi juga boleh mendapat thrush walaupun ibunya tiada jangkitan fungal di faraj)

“Doktor, saya ini kerap mengalami masalah kegatalan dan keputihan ini. Saya malu dengan suami saya. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelak agar tidak berulang?”

Kata kunci utama bagi mengelakkan jangkitan fungal ialah ‘kebersihan diri’. Fungal (kulat) suka tempat yang lembab. Kalau terasa gatal dan lembap, cepat-cepatlah membersihkan diri. Antara tip-tip yang boleh saya berikan ialah :

1. Pakai pakaian underwear yang diperbuat dari kapas dan elakkan menggunakan pantyhouse atau seluar yang ketat terutama diperbuat dari synthetic.

2. Lekas tukarkan pakaian yang basah akibat berpeluh selepas bersenam. Cucilah kemaluan apabila gatal.

3. Cuba tidur malam tanpa menggunakan underwear.

4. Elakkan berendam dalam air buih atau perfumed soap terlalu lama.

5. Bersihkan kemaluan luar dengan air suam. Jangan gunakan teknik douching.

6. Selalu cuci kemaluan dari depan ke belakang, bagi mengelakkan kuman dari anus boleh merebak ke faraj.

7. Mengamalkan yogurt yang mengandungi Lactobacillus acidophilus akan mengurangkan fungal yang tidak baik faraj.

#HealthDrZubaidi

Semoga dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini dapat memberi manfaat kepada ibu hamil yang mungkin sedang mengalami masalah ini. Yang penting, jika ada masalah begini rujuklah dengan doktor dan jangan cuba untuk merawatnya sendiri.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply