Kod ‘143’ Berasal Daripada Kisah Suami Yang Ingin Sampaikan Lafaz Cinta Dari Rumah Api

Tiga nombor yang cukup popular diungkapkan pada minggu ini tidak lain tidak bukan adalah 1, 4 dan 3.

Ini gara-gara foto perbualan WhatsApp antara penyanyi, Aliff Aziz dan kekasih gelapnya yang juga merupakan pelakon, Ruhainies oleh seorang wanita kelahiran Singapura, Sarah Yasmine.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah ‘Followers’ Sarah Yasmine Meningkat 5125% Selepas Pendedahan Tergempar Di Instagram – REMAJA

‘143’ digunakan oleh pasangan kontroversi itu sebagai kod bagi menggantikan ucapan ‘Saya cinta kamu’ atau ‘I love you’ yang sering diberikan di akhir perbualan. Ia merupakan slanga dalam kalangan generasi milenial dan generasi Z dalam era aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan Telegram.

Namun tahukah korang, kod 143 ini sebenarnya mempunyai sejarah yang lebih mendalam daripada sekadar slanga generasi masa kini.

Memetik kisah yang sering diceritakan di Amerika Syarikat, kod 143 berputik sejak awal 1900 di rumah api yang terletak di Minot’s Ledge di persisiran pantai Cohasset, Massachusetts. Pancaran cahaya yang digunakan oleh rumah api tersebut ditukar pada 1895 agar ia mempunyai urutan nombor tertentu.

Urutan yang digunakan di Minot’s Ledge adalah 1 pancaran pantas diikuti empat pancaran  dan akhir sekali tiga pancaran.

Secara tidak sengaja, jumlah pancaran tersebut membentuk jumla huruf pada ungkapan ‘I (satu) love (empat) you (tiga).

Sekitar tahun 1915, seorang penolong petugas di rumah api telah dilantik dan beliau dikenali sebagai Winfield Scott Thompson. Disebabkan tugasnya itu, beliau terpaksa berjauhan daripada keluarga yang menetap di pulau kejiranan yang hanya dapat melihat rumah api tersebut dari jauh.

Lantas, masyarakat di Minot’s Ledge berkata Thompson akan menggunakan pancaran cahaya rumah api itu pada setiap malam sebagai kod untuk memberikan ucapan ‘Saya cinta kamu’ dari jauh kepada isteri dan anak-anaknya.

Kisah ini menjadi cukup popular sehinggakan rumah api Minot’s Ledge juga dinamakan sebagai rumah api I Love You sehinggalah sekarang.

BACA LAGI: Bella & Caprice Selesai Cara Baik, Netizen Harap Rapper Tidak Lagi Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang – REMAJA

Buat generasi milineal yang dibesarkan pada era 1990-an, tentunyalah korang sudah terbiasa dengan alat komunikasi pager yang mempopularkan kod 143. Ini kerana pager tidak boleh menghantar ucapan ayat panjang dan hanya boleh menghantar kod nombor.

Menarik bukan!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply