Syamel Dapat Pujian, Fokus Dengar Ernie Zakri Sembang

Bila nak cari pasangan ni mesti lah kita cari yang boleh melayan perangai dan bebelan kita. Rupa saja tak cukup. Perkahwinan ni bukan bukan sekadar cintan cintun.

Perkahwinan ni bermaksud kita habiskan sisa kehidupan bersama pasangan.

Sebab itu lah penting cari pasangan yang sekufu supaya tak stress dan murung untuk melalui kehidupan hari-hari.

Bayangkan balik kerja dan nak bergossip tiba-tiba pasangan tak nak layan, tak ke stress?

Rasa macam kita bertepuk sebelah tangan kan? Dapat pasangan yang melayan kerenah kita ni satu rezeki tau.

Geli hati melihat reaksi Syamel, suami Ernie Zakri dalam video yang dikongsinya di akaun Instagramnya.

Kelihatan Syamel yang fokus mendengar cerita yang dikongsi oleh isterinya itu. Apa lah yang serious sangat tu kan? Entah rahsia negara apa yang diceritakan.

Nampak tak keserasian di situ? Mungkin macam ni lah rupanya bila berkahwin dengan kawan sendiri.

Lagi bagus, makin erat lah hubungan persahabatan tu. Dalam masa yang sama dapat eratkan hubungan suami isteri. Multitask gitu.

Melalui perkongsiannya itu, rakan artis Linda Onn turut meninggalkan komen.

“Suami contoh! Isteri cakap mesti fokus!!,” komennya.

Netizen turut terhibur dengan gelagat si suami Ernie.

“Ini lah yang kita para isteri mahukan…..”

“Tak semua husband boleh fokus macam tu sebab menghadap telefon je….”

Suami-suami di luar sana boleh la jadikan Syamel sebagai contoh. Baru lah isteri ceria  bila luahan mereka didengar. Tak ada lah murung je setiap kali balik kerja.

MESTI BACA: Buat Live Sambil Sidai Baju, Gelagat Syamel Walau Terkial Namun Dipuji Rajin Bantu Isteri!

Jika Suami Kena Sondol? Ernie Zakri Mungkin Akan Buat Sidang Media. Mengaku Tidak Kuat Menghadapinya

“Semua Masih Baru & Banyak Perkara Saya Masih Blur” Ernie Zakri Seronok Tengok Perkembangan Anak Setiap Hari

SUMBER: Instagram Syamel

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Jejak Tanah Suci Buat Kali Pertama, Adira Minta Doa Orang Ramai


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply